BMW GROUP MALAYSIA PERKENAL PERKHIDMATAN PINTU KE PINTU
BMW Group Malaysia kini menawarkan khidmat pelanggan tanpa sentuh yang baru menerusi perkhidmatan Pintu ke Pintu. Ia dijalankan menerusi usaha sama dengan Allianz Worldwide Partners untuk menaik taraf pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW.
“Perkhidmatan baharu ini bukan sahaja akan meminimumkan sentuhan fizikal antara pelanggan dan wakil pengedar BMW ketika normal baharu ini, malah memberi kemudahan dengan mengintegrasikan perkhidmatan premium kami ke dalam rutin harian para pelanggan,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.
Pelanggan BMW dan MINI di seluruh negara kini boleh meminta dan menerima servis kenderaan daripada wakil pengedar pilihan masing-masing tanpa perlu keluar dari rumah mereka.
Pembekal servis BMW akan ditugaskan untuk mengambil kenderaan BMW atau MINI dari rumah dan menghantar kenderaan tersebut ke pusat pengedaran yang terpilih untuk diservis.
Setelah siap diservis, kenderaan berkenaan akan dihantar ke lokasi yang diinginkan oleh pelanggan.
Perkhidmatan Pintu ke Pintu membolehkan pelanggan untuk menjadual penghantaran kenderaan BMW atau MINI baharu mereka terus dari pusat pengedaran yang dipilih.
Kenderaan akan dihantar melalui trak ‘flatbed’ – bergantung kepada lokasi dan kemahuan pelanggan.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari https://bit.ly/bmw-door-to-door-delivery-service.