Buletin

NISSAN BUKA PUSAT 3S DI KOTA BHARU. NISSAN RETAIL CONCEPT (NRC)

Edaran Tan Chong Motor hari ini melancarkan satu lagi pusat 3S baharu yang mengguna pakai Nissan Retail Concept (NRC) di Kota Bharu, Kelantan secara rasmi menerusi pengedar yang baru dilantik, Edaran Nuri Sdn Bhd.

Pusat Nissan Retail Concept (NRC) menawarkan pengalaman pelanggan lebih baik dalam meneroka jenama Nissan. Bahagian luarannya diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah yang ikonik.

Manakala ruang jualan dan rundingan ‘Nissan Drive’ mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh mesra dan keselesaan. Tempat penyerahan eksklusif turut dinaik taraf bagi meraikan saat istimewa sewaktu pelanggan menerima kereta masing-masing. 

Pusat 3S Edaran Nuri terletak di Lot 6621, KM10, Jalan Pasir Puteh Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

Ia memiliki keluasan 12,260 kaki persegi dengan kapasiti untuk mempamer 5 model Nissan dan 3 ruang servis untuk servis selepas jualan yang boleh menyelenggara sehingga 15 buah kenderaan setiap hari.

Kemudahan lain termasuklah ruang rehat pelanggan yang moden seperti sebuah kafe, wifi percuma dan sudut kanak-kanak untuk membolehkan pelanggan serta keluarga mereka menikmati masa bersama. 

Selari dengan prosedur operasi standard kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, bilik pameran dan pusat servis Nissan akan mengamalkan pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial kepada semua kakitangan serta pelanggan.

Kakitangan Nissan akan memakai pelitup muka, manakala pelitup muka, sarung tangan dan pembersih tangan boleh digunakan oleh pelanggan secara percuma.

Insiatif nyahjangkitan yang kerap akan dilakukan di bilik pameran dan pusat servis sepanjang hari merangkumi setiap titik sentuhan termasuk kenderaan paparan dan pandu uji, serta ke atas semua kenderaan pelanggan sebelum dan selepas servis. Dalam tempoh ini, pembayaran tanpa sentuhan adalah digalakkan.

Waktu operasi pusat 3S Edaran Nuri Sdn Bhd adalah seperti berikut:

  • Sabtu – Khamis (termasuk cuti umum): 8.30am – 5.30pm
  • Jumaat: 8.30am – 12.30pm dan 2.30pm – 5.30pm

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

GALERI

Google ads
Back to top button