Buletin

BMW PERKENAL SISTEM FACE RECOGNITION UNTUK MOTOSIKAL

Perisian pintar semakin kerap digunakan untuk kenderaan sama ada dua roda atau empat roda kerana melihat pada pasaran hari ini, perisian canggih menjadi nilai tambah pada sesuatu kenderaan.

Menerusi laporan Visordown, sistem pengecaman muka akan dilaksanakan untuk memberi daya keselamatan lebih terjamin ketika anda meninggalkan motosikal di parkir mahupun di garaj.

Sistem baharu itu tidak menunggu lama untuk diperkenalkan apabila BMW mendedahkan teknologi berkenaan akan dipasang pada beberapa keluaran baharu jenama itu menjelang akhir tahun ini.

Sistem dipanggil iFace itu menggunakan beberapa sistem berbeza untuk membuka kunci serta menghidupkan jentera.

Kaedah pertama ialah sistem unjuran jalur untuk membina peta 3D ciri muka penunggang. Sistem ini membina model wajah pengguna secara maya dalam tiga dimensi.

Sementara kaedah kedua pula adalah untuk membuka kunci motosikal apabila penunggang memakai topi keledar melalui imbasan inframerah iris-kornea.

Perincian lain dinyatakan termasuklah pengesanan ketika topi keledar penunggang digunakan atau tidak. Ia dikatakan boleh berfungsi dalam keadaan terang dan gelap gelita.

Sistem tersebut bakal ditunjukkan kepada umum pada pameran motosikal musim luruh 2023.

Google ads
Back to top button