Buletin

SIME DARBY BERHAD TEMBUSI PASARAN AUTOMOTIF INDONESIA. BAWA JENAMA BMW DAN MINI

Sime Darby Berhad kini memasuki pasaran automotif Indonesia menerusi PT Performance Motors Indonesia. Ia merupakan sebuah syarikat kerjasama di antara anak syarikatnya, Sime Singapore Ltd. dan Galeon Group. 

PT Performance Motors Indonesia menandakan permulaan langkah Sime Darby Motors di Indonesia akan berada di Jakarta dan Medan melalui dua pengedar yang mewakili jenama BMW dan MINI.

Ia dilihat sebagai pemangkin kepada peluasan operasi ke wilayah lain seperti Jawa dan Sumatra kerana BMW Group giat untuk mengembangkan rangkaian mereka di republik berkenaan. 

“Kerjasama ini ialah sebahagian daripada strategi Sime Darby Berhad untuk mengembangkan operasi permotoran kami di Asia Pasifik. Sebagai antara negara dengan pasaran automotif terbesar di rantau ini, selain kelas pertengahan dan tinggi yang giat berkembang, Indonesia ialah pasaran yang penting buat kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Group,  Dato’ Jeffri Salim Davidson. 

Presiden BMW Group Indonesia, Ramesh Divyanathan memberitahu pihaknya mengalu-alukan kedatangan Sime Darby Motors ke dalam rangkaian BMW Group Indonesia. “Ini menjadi bukti jelas keyakinan BMW Group Indonesia melalui prestasi jualan BMW dan MINI di pasaran ini pada tahun 2022,” kata Divyanathan. 

Ketua Galeon Group, Leonel Gozali menyatakan kerjasama dengan Sime Darby membolehkannya mempercepatkan pertumbuhan dan berkembang ke lokasi lain. 

“Dengan pengalaman luas, sistem dan kewangan Sime Darby yang kukuh, kami yakin kerjasama ini akan membuahkan kejayaan,” kata Gozali. 

Google ads
Back to top button