Buletin

BMW XM LABEL RED – LEBIH LAJU DAN EKSKLUSIF

BMW XM sememangnya menerima pelbagai pandangan daripada pada masyarat mahu pun para peminat BMW sendiri. Rekaan logo pada gril SUV hibird ini mungkin terlebih berani. Tapi ini bukanlah alasan untuk BMW tidak menawarkan sesuatu yang lebih berbanding model standard model XM ini.

BMW XM Label Red yang berwarna hitam dengan beberapa kemasan berwarna Individual Frozen Carbon Black ini akan dipasangkan di fasiliti BMW Group Plant Spartanburg, Amerika Syarikat. Yang pasti model ini merupakan pilihan untuk mereka yang mahukan lebih daripada model standard XM. Sudah pastinya lebih laju dan lebih eksklusif. Paling penting, model ini turut didatangkan jumlah unit yang terhad sahaja, hanya 500 unit.

Ianya menggunakan gandingan trenkuasa diantara enjin 4.4 liter M Twin Power Turbo V8 yang cukup berkuasa bersama transmisi M Steptronic lapan kelajua serta digandingkan dengan sistem BWM M Hybrid yang mampu menghasilkan kuasa 748 kuasa kuda serta tambahan tork sehingga 200 Nm menjadikan keseluruhan tork adalah hampir 1,000 Nm!

Fakta ini sekali gus menjadikan ianya adalah model BMW M yang paling berkuasa di muka bumi. Pecutan dari titik pegun ke angka 100 km/j cuma dalam tempoh 3.8 saat sahaja. Sungguh pun demikian, had laju model ini telah dihadkan sehingga 250 km/j sahaja. Namun pelanggan boleh memilih pakej D Driver untuk menaikkan had kelajuan sehingga ke 290 km/j.

Bahagian brek turut menerima tingkat taraf dengan sistem brem M Sport yang terdiri daripada enam omboh serta brek angkup di bahagian hadapan serta unit angkup terapung omboh tunggal di belakang. Brek cakera pula jenis ringan tetapi cukup berkuasa untuk memberhentikan SUV hibrid yang cukup buas ini.

Bahagian kabin model ini turut menerima tema warna merah, sesuai dengan namanya Label Red, Tempat duduk racing kini dibalut kulit Merino dengan dwi warna, merah dan hitam serta terdapat beberapa kemasan berwarna merah di atas papan pemuka.

Bahagian belakang menampilkan rekaan M Lounge untuk keselesaan yang bukan kepalang kepada penumpang dengan ruang lega yang cukup besar. Malah tempat duduk juga disediakan dengan sistem pengudaraan serta sistem bunyi yang handal daripada Harman Kardon Surround Sound System untuk menghiburkan penumpang.

Khabarnya tanda harga model ini dijangka pada aras $350,000 (RM1,546,650).

BACA : BEKAS PEREKA BMW HENTAM REKAAN XM CONCEPT – “REKAAN SISI PALING MENGARUT!

BACA : BMW XM KINI TIBA DI PASARAN MALAYSIA, KUASA MAKSIMUM 644HP, HARGA RM1.3 JUTA!

Google ads

B K

Back to top button