Buletin

BMW PREMIUM SELECTION. TAWAR MODEL TERPAKAI BMW DAN MINI. JAMINAN MINIMUM 12 BULAN

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan platform digital yang menawarkan banyak pilihan kenderaan  terpakai premium jenama BMW dan MINI kepada pelanggan di seluruh negara.

Dikenali sebagai BMW Premium Selection, ia menjanjikan perkhidmatan menyeluruh yang melibatkan proses pembelian, servis dan penyelenggaraan. 

Inisiatif yang pertama seumpamanya dalam industri ini bakal menyaksikan pelbagai kenderaan premium daripada portfolio BMW dan MINI disediakan di laman mikro khas BMW Premium Selection.

Ia menawarkan lebih 300 unit kenderaan untuk dilihat dan dibeli menerusi tawaran-tawaran eksklusif yang menarik dalam tempoh terhad dan khas untuk platform digital ini.

Laman mikro itu juga membolehkan pemilik baharu kenderaan BMW Premium Selection menikmatai pengalaman seperti berikut: 

  • Waranti BMW Premium Selection* minimum 12 bulan
  • Pemeriksaan kenderaan secara teknikal dan optikal secara menyeluruh
  • Penyediaan rekod servis dan kenderaan yang diluluskan
  • Tawaran pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia
  • Tawaran tukar beli (trade-in) yang kompetitif
  • Bantuan Tepi Jalan BMW (BMW Roadside Assistance)

Maklumat lanjut tentang BMW Premium Selection, sila layari laman web: https://www.bmwpremiumselection.com.my/

Google ads
Back to top button