Buletin

BMW TERAJUI SEGMEN AUTOMOTIF PREMIUM DI MALAYSIA DENGAN PENGUASAAN 52% PADA 2020

BMW Group Malaysia telah berjaya menyerahkan 11,016 unit kenderaan jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun 2020 dengan 87 peratus daripadanya dipasang tempatan (CKD).

Perkembangan itu nyata mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen automotif premium di Malaysia dengan penguasan pasaran lebih 52 peratus.

Biarpun di sebalik tahun 2020 yang sangat mencabar, BMW Group Malaysia tetap berupaya melancarkan 25 varian baharu dengann empat daripadanya ialah kereta elektrifikasi.

Sebanyak 2,200 unit kenderaan berelektrik telah diserahkan kepada pelanggan. Kebanyakanya disumbang oleh model BMW 5 Series dan BMW 7 Series.

Di Malaysia, jenama BMW merekodkan 8,903 pemilik baharu sepanjang tahun 2020. Ini sekali gus menerajui keseluruhan segmen premium di Malaysia dengan lebih 47 peratus.

BMW 3 Series paling banyak dengan penyerahan lebih 2,500 unit dan 1,400 unit daripadanya ialah BMW 320i Sport. Ia diikuti oleh BMW 5 Series dengan penyerahan lebih 1,600 unit dan 900 unit daripadanya ialah model BMW 530e.

MINI Malaysia pula berjaya menyerahkan 987 unit kenderaan pada tahun lalu, merangkumi lebih 5 peratus segmen premium di Malaysia.

Penyerahan itu didahului oleh model MINI Countryman dengan lebih daripada 47 peratus disumbang oleh MINI Cooper S Countryman.

Sementara BMW Motorrad Malaysia mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun 2020 dengan penyerahan 1,126 unit motosikal.

Penyumbang utama terhadap pertumbuhan ini ialah segmen adventure dengan penyerahan melebihi 670 unit. 300 daripadanya ialah BMW R 1250 GS Adventure.

Google ads
Back to top button