Modifikasi

BODYKIT ALBERMO XCR11, TUKAR PERODUA ATIVA JADI LAMBORGHINI URUS

Selepas beberapa bulan pelancaran Toyota Raize dan juga kembarnya iaitu Daihatsu Rocky di Jepun, sebuah syarikat modifikasi kit badan dan tuner yang bernama Albermo telah melancarkan satu kit modifikasi bagi merubah Ativa/Raize/Rocky menjadi ala-ala Lamborghini Urus.

Kit modifikasi yang diberi nama XCR111 ini terdiri daripada bampar depan, tambahan spoiler pintu belakang serta jeriji depan d bahagian bampar dengan rekaan seperti Lamborghini Urus. Apa yang menarik berkenaan bampar ini ialah rekaan ini memang padan dengan rekaan lampu depan LED Ativa/Raize ini.

Pemilik tidak perlu melakukan sebarang modifikasi tambahan kerana kesemua komponen yang dibekalkan boleh dipasang secara plug&play. Malah rekaan lampu kabus juga tidak perlu ditukar dan boleh menggunakan semua komponen asal termasuk lampu LED DRL bagi versi Raize dan juga Rocky.

Jika anda berminat, anda boleh menghubungi syarikat Albermo dan kami pasti harganya tidaklah murah. Mungkin anda boleh tunggu versi copy ori gred AAA Taiwan.

Google ads
Back to top button