
BMW XM 2023, SUV BERKUASA 644HP, HARGA BERMULA RM743K
Sambutan ulangtahun ke 50 BMW M berterusan di raikan dengan memperkenalkan XM serba baharu, dengan nama kod dalaman G09.
Ia merupakan SUV hibrid plug-in pertama yang ditampilkan oleh M. BMW XM akan bersaing dengan Lamborghini Urus, Audi RS 8, dan Aston Martin DBX.
BMW XM 2023 berukuran 5110 mm panjang, 2005 mm lebar, 1,755 mm tinggi dengan jarak roda 3,105 mm. Berat BMW XM 2023 ini adalah 2,700 kg. Ia boleh didapati dalam tujuh pilihan cat luaran – Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Cape York Green Metallic, BMW Individual Dravit Frey Metallic, M Carbon Black Metallic, M Marina Bay Blue Metallic dan M Toronto Red metallic.

Untuk reka bentuk BMW XM 2023, bahagian hadapan mempunyai kidney grille bercahaya sudut besar yang diapit oleh DRL dan lampu depan LED. Bampar hadapan mendapat empangan udara selain alur masuk (air dam and intake).
Bahagian belakang juga menggunakan lampu LED dan yang membuatkan ia kelihatan lebih sporty adalah dengan adanya rekaan tip ekzos bertindih pada bahagian kanan dan kiri bampar.
BMW XM 2023 menggunakan roda 23-inci sebagai standard, tetapi terdapat juga pilihan untuk aloi 22-inci.
Kabin BMW XM lebih mewah berbanding sebelum ini dengan pelbagai jenis bahan mahal digunakan. Kabin keseluruhannya bertemakan dwi-ton manakala tempat duduk belakang gaya lounge dibalut dengan kulit Vintage Coffee Merino, digabungkan dengan kulit Nappa yang lembut.

Tersedia untuk BMW XM ini ialah skrin kluster instrumen digital 12.3-inci dan paparan tengah skrin sentuh (touchscreen centre display )14.9-inci. Kedua-duanya dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.
BMW XM juga menghadirkan peranti standard terdiri dari Front Collision Warning, Lane Departure Warning, Lane Return with Steering Assistance, Evasion Assistant, Alertness Assistant and Speed Limit info selain terdapat Active Cruise Control, Steering and Lane Control Assistant, automatic Speed Limit Assist, route monitoring, traffic light recognition and Active Navigation, Emergency Lane and Emergency Stop Assistant, Lane Change Assistant, Crossing Traffic Warning hingga Parking Assistant Plus.
BMW XM dikuasakan oleh V8 4.4 liter turbo berkembar, dengan gabungan motor elektrik hibrid yang disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan. Pek bateri 25.7 kWj membolehkan julat pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 88 KM pada WLTP.
Kuasa keseluruhan dinilai pada 644hp dan tork 800Nm. BMW mendedahkan XM standard boleh melakukan 0-96 km/j dalam tempoh 4.3 saat.
BMW XM didatangkan dengan sistem pacuan semua roda, namun pengagihan tork dilebihkan pada gandar belakang apabila mod 4WD Sport diaktifkan, dibantu dengan differential M Sport, penstabilan olengan aktif, dan sistem stereng roda belakang yang merupakan ciri pertama untuk BMW M.
BMW juga dijadualkan melancarkan versi XM lebih berkuasa dengan nama Red Label, didakwa mampu menjana kuasa 735hp dan tork 996Nm.
BMW XM akan mula dijual pada suku pertama 2023, dengan harga AS$159,995 (RM743,464).
- BACA: BMW M850i XDRIVE COUPE 2022 KINI DI MALAYSIA. 2 PILIHAN WARNA, 530HP V8, RM1.1 JUTA SAHAJA
- BACA: BERITA BAIK, BMW MASIH MAHU KEKALKAN TRANSMISI MANUAL
- BACA: BMW M2 2023 BAKAL JADI MODEL TERAKHIR M DENGAN ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN TULEN
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH 5 MODEL BAHARU M. M3 COMPETITION, M4 COUPE COMPETITION, M5, M5 COMPETITION DAN I4 M50

