Buletin

WRC 2022 – APA YANG MENARIK DI REPCO RALLY NEW ZEALAND

Sekarang ini (minggu ini) sedang berlangsungnya perlumbaan ke 11 dalam kalendar World Rally Championship (WRC) bagi musim ini di New Zealand. Jom kita baca apa yang menarik untuk perlumbaan Repco Rally New Zealand ini.

  • Selepas Finland, New Zealand dikhabarkan mempunyai jalur permukaan yang terbaik pada pandangan mata para pelumba. Cuma kekurangan hanyala pada jumlah lompatan yang boleh dilakukan oleh jentera rali berbanding kondisi di Finland.
  • Kali terakhir New Zealand menjadi tuan rumah WRC adalah pada tahun 2012 dengan dimenangi oleh Sebastian Loeb yang memandu jentera Citroen DS3 WRC. Kiranya telah 10 tahun berlalu tanpa perlumbaan utama WRC di sana. Akan tetapi New Zealand sememangnya aktif menganjurkan perlumbaan rali tempatan dan juga serantau (APRC). Perlumbaan ini bakal menyaksikan bandar Auckland menjadi tumpuan utama peminat rali di sana.
  • Hero tempatan Hayden Paddon turut pernah beraksi pada tahun 2012 dengan memandu jentera Skoda Fabia S2000 dan berjaya menduduki memenangi kategori SWRC serta 12 keseluruhan. Kali ini beliau sekali lagi akan beraksi bersama jentera rali Hyundai i20 N Rally2 bersama pasukan Hyundai New Zealand.
  • Besar kemungkinan, penentuan juara World Rally Championship (WRC) boleh ditentukan lebih awal di Rally New Zealand sekiranya Kalle Rovanpera berupaya memenanginya dengan dua saingan terdekat Ott Tanak dan juga Thierry Neuville gagal beraksi cemerlang.
  • Pasukan Toyota pula telah mengumumkan bahawa Esapekka Lappi akan digantikan terus sehingga habis musim ini dengan pelumba lagenda Sebastian Ogier. Sebastian Ogier akan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 sehingga tamat musim ini.
  • Esapekka Lappi yang berkongsi jentera rali bersama Sebastian Ogier walau pun masih kekal positif tentang nasib beliau bagi menghadapi saingan rali musim hadapan. Apatah lagi beliau telah pun memberikan aksi yang cukup positif dan kompetetif bagi musim ini dan mengutip beberapa mata dan podium penting.
  • Pasukan Hyundai Motorsport pula sekali lagi mengharapkan keputusan yang positif terutamanya dua pelumba utama Ott Tanak dan juga Thierry Neuville bagi meneruskan momentum kemenangan yang diraih oleh mereka dalam dua perlumbaan terakhir sebelum ini. Oliver Solberg masih lagi diberikan kepercayaan untuk memandu jentera ketiga Hyundai i20 N Rally1.
  • Pasukan M-Sport Ford akan mempertaruhkan hanya Craig Breen dan Gus Greensmith sementelah Adrien Fourmaux akan dikecualikan daripada berlumba di New Zealand. Akan tetapi jentera ketiga Ford Puma Rally1 akan dipandu oleh pelumba persendirian Lorenzo Bertelli.

BACA : WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE & HYUNDAI CEMERLANG DI RALLY GREECE

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG RALLY GREECE 2022

Google ads

B K

Back to top button