Buletin

PROLINTAS TAHAN PEMANDU PROTON X50 ELAK BAYAR TOL 23 KALI. ADA TUNGGAKAN RM57.50

Seorang pemandu Proton X50 telah ditahan di Plaza Tol Dato’ Keramat selepas mengelak daripada membayar tol. Pemandu itu didakwa mengelak membayar tol sebanyak 23 kali.

Menerusi akaun twitter Prolintas AKLEH, “Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama.”

Ciapan tersebut mendapat pelbagai komen, ramai juga warganet yang meluahkan rasa kecewa kerana banyak kereta mengikut rapat kenderaan mereka untuk lari dari daripada membayar tol sebelum palang tertutup.

“Sengkek juga ..harap aje pakai kereta harga mahal tapi poket pokai,” tulis seorang pengguna Twitter di ruang ciapan tersebut.

Ada komen yang mahukan hukuman denda dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang mengelak membayar tol. Kata salah seorang warganet “patutnya claim ja sekali dengan denda.. jadikan double. baru ada akal.”

Tidak kurang juga komen yang menyindir pemilik kenderaan Proton X50 berkenaan, “Tu la, mahal sangat monthly installment, kan da lari bajet nak bayar tol.”

Pihak pengurusan lebuh raya tersebut berjaya menahan beberapa kenderaan di plaza tol dalam operasi itu. Prolintas menyatakan akan lebih proaktif untuk mengesan penceroboh tol dengan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Google ads
Back to top button