Artikel Pilihan

BOEING SOROK MAKLUMAT TENTANG MODEL 737 DARIPADA JURUTERBANG – BIAR BETUL?

Boeing dikatakan tidak memberikan informasi yang sepatutnya tentang sistem operasi penerbangan baru mereka kepada juruterbang dan menyebabkan ramai meyakini ia punca utama nahas pesawat Lion Air yang menyebabkan 189 orang terkorban bulan lepas, demikian laporan The Wall Street Journal (WSJ).

Para penyiasat FAA dan pakar-pakar penerbangan yang terlibat memberitahu WSJ yang sistem Automated Stall-Prevention yang dilengkapkan pada pesawat Boeing 737 MAX 8 dan MAX 9 berupaya bertindak dan mendorong pesawat melakukan gerakan menjunam walaupun ketika juruterbang sedang menggunakan kawalan manual. Pihak penyiasat juga sedang berusaha untuk menentukan sama ada sistem tersebut adalah punca sebenar yang menyebabkan pesawat terbabit terhempas ke Laut Jawa pada tanggal 29 Oktober.

Boeing dikatakan mengeluarkan buletin keselamatan untuk memberi amaran kepada syarikat-syarikat penerbangan tentang risiko sistem baru itu hanya beberapa hari selepas nahas. Bagaimanapun juruterbang yang menerbangkan pesawat-pesawat yang disebutkan di atas untuk syarikat penerbangan di AS dikatakan langsung tidak pernah dimaklumkan tentang risikonya.

“Ia boleh dikatakan sesuatu yang agak tidak bijak bagi pihak Boeing dengan memasukkan sistem tersebut ke dalam pesawat tetapi tiak memberi penerangan kepada juruterbang yang menerbangkannya. Apatah lagi bila ia melibatkan sistem kawalan penerbangan” kata Kapten Mike Michaelis, pengerusi jawatankuasa keselamatan Allied Pilots Association kepada WSJ.

BACA: PENDARATAN CEMAS PESAWAT RINGAN DI LEBUH RAYA

Seorang pegawai dari Boeing yang tidak dinamakan berkata, pihak syarikat tidak memberikan semua maklumat pada peringkat awal agar tidak membebankan juruterbang dengan terlalu banyak maklumat dengan sekaligus tentang model baru mereka.

Boeing belum lagi memberikan maklum balas tetapi menyatakan yang mereka sedang mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mencari punca nahas Lion Air tersebut.

Sumber dari The Wall Street Journal.

Google ads
Back to top button