Artikel Pilihan

BOLEH KE JARAK PERJALANAN EV DINAIKKAN TANPA MENAMBAH SAIZ BATERI?

Salah satu isu berkaitan dengan kenderaan berkuasa elektrik atau singkatannya EV ialah jarak perjalanan yang singkat disebabkan ketumpatan tenaga yang ada pada bateri sistem. Dalam ujian yang dijalankan oleh Carwow pada semua EV yang dijual di UK, kebanyakan EV akan terus beroperasi sehingga 80% sahaja kapasiti bateri

Sistem ini akan memastikan EV tidak lagi bergerak apabila bateri kurang 20%. Tindakan ini dibuat bagi memastikan jangka hayat bateri dipanjangkan. Bateri ion lithium mesti dicaj apabila kuasanya kurang 20%. Menurut Peter Rawlinson iaitu Chief Technical Officer di Lucid Motor Incorporated, syarikat EV akan menaikkan bilangan sel bateri bagi menambah jarak perjalanan

Tapi bagi Peter, ini dinamakan “dumb range” kerana walaupun jarak perjalanan EV boleh ditingkat dengan menambah saiz bateri, berat kereta akan bertambah disebabkan berat bateri. Berat bateri sedikit sebanyak merompak jarak perjalanan EV.

Jadi berdasarkan teknologi semasa, kami percaya jarak perjalanan EV sebenarnya boleh ditambah tanpa menambah saiz bateri dengan cara seperti berikut:

1. Menukar motor elektrik – bagi Lucid Motor, mereka akan menggunakan Permanent Magnet Synchronize Motor yang lebih efisyen berbanding dengan motor induksi magnet yang menggunakan banyak wayar elektrik untuk menghasilkan medan elektrik. Disebabkan wayar elektrik ini wujud, tenaga elektrik akan terbuang dalam bentuk haba. Disebabkan ini, motor elektrik dalam Lucid Air lebih efisyen berbanding dengan Tesla

2. Sejukkan motor elektrik – jurutera Lucid telah mereka satu sistem penyejukan khas yang diberi nama Axial Jet Cooling Manifold pada wayar tembaga dalam motor elektrik bagi memastikannya sentiasa sejuk. Suhu yang rendah memastikan motor sentiasa sejuk dan memudahkan elektron lalu dan menjimatkan tenaga elektrik. Hasilnya motor menjadi lebih cekap tenaga.

3. Jadikan inverter lebih cekap – Bagi meningkatkan kecekapan, jurutera Lucid mereka sistem dengan menggunakan nilai arus elektrik yang kecil namun Volt yang besar. Semakin besar nilai arus, semakin tinggi rintangan elektrik dalam sistem yang terbuang sebagai haba.

Bateri menghasilkan arus terus atau Direct Current manakala motor elektrik menggunakan arus ulang alik atau alternate current. Jadi arus terus dari bateri mesti melalui inverter bagi menukar menjadi arus ulang alik. Antara komponen yang ada dalam inverter ialah cip Silikon Carbide MOSFET yang lebih efisyen. Kebanyakan pesaing Lucid penggunakan cip MOSFET tanpa Carbide yang tidak sesuai untuk aplikasi voltan tinggi.

4. Bateri teknologi baru – bateri solid state menggunakan elektrod dan elektrolit dalam bentuk pepejal berbanding dengan gel elektrolit atau cecair elektrolit yang dijuampai pada bateri ion lithium. Bateri pepejal ini bukanlah teknologi baru tapi telah ditemui oleh ahli elektrokimia iaitu Michael Faraday pada wal 1800 namun penggunaannya tidak pernah dikomersialkan

Sehinggalah pada awal 1990an bateri ini dihasilkan dan diuji secara serius oleh Oak Ridge National Laboratory, barulah bateri ini mulai dikenali oleh pihak industri. Selain BMW dan Ford, Toyota juga dikatakan menjalankan kajian berkenaan bateri ini bersama rakan teknikal Panasonic pada tahun 2012.

Berdasarkan ujian makmal yang dibuat oleh Solid Power, bateri mereka boleh memanjangkan jarak perjalanan sehingga 80% dan memendekkan masa pengecasan dari 10% kepada 90% dalam masa kurang 20 minit.

5. Gunakan gear e-CVT -Bosch sebuah syarikat OEM sedang membangunkan sistem CVT khusus untuk EV. Bosch ini ialah memanjangkan jarak perjalanan EV dan prestasi pecutan serta halaju yang lebih baik. CVT yang dibangunkan oleh Bosch ini merupakan transmisi CVT push belt yang telah diubahsuai membolehkan tork yang dihasilkan oleh motor digandakan, mengurangkan beban tugas pada motor elektrik

Menurut Gert-Jan van Spijk yang mengetuai program CVT di Bosch Transmission Technology, dengan bantuan CVT4EV ini, motor elektrik tidak perlu menjadi terlalu berkuasa seperti yang dibuat oleh pengeluar EV pada hari ini, malah motor dan bateri sistem boleh dikecilkan.

Buat masa ini, sistem ini menyumbangkan sehingga 4% kecekapan dari segi jarak perjalanan pada EV yang diuji iaitu Volkswagen e-Golf. Buat masa ini Bosch tidak menyatakan bilakah sistem CVT4EV ini akan digunakan secara meluas pada kenderaan EV.

6. Tayar khas untuk EV – Goodyear, Continental dan Michelin telah memperkenalkan tayar khas untuk kegunaan EV dan EV berkuasa tinggi. Michelin EV Tyre dan Michelin Pilot Sport EV bagi kegunaan khas EV berkuasa tinggi yang menghamburkan tork tinggi pada RPM rendah, lebih berat, dan memiliki pekali geseran yang lebih rendah berbanding dengan tayar konvensional

Sekiranya semua teknologi dan aspek teknikal EV ditambah baik mengikut poin-poin di atas, kami percaya pada satu hari nanti EV boleh dipandu pada jarak 1000km dengan mudah. Ia juga perlu dijual dengan lebih murah bagi membolehkan pengguna biasa membeli atau menyewa EV ini pada harga mampu milik.

Google ads
Back to top button