Buletin

OCON LAKAR KEMENANGAN PERTAMA DI GP HUNGARY

Lewis Hamilton terlepas peluang mencipta kemenangan ke-100 namun merampas pendahulu kejuaraan dunia ketika pelumba Perancis, Esteban Ocon muncul juara kali pertama di Grand Prix Hungary.

Selepas kesilapan taktikal menyaksikan Hamilton bermula di kedudukan terakhir, pelumba Britain itu bangkit dengan memintas rakan sepasukan Ocon dari pasukan Alpine, Fernando Alonso untuk merampas tempat ketiga di belakang Sebastian Vettel (Aston Martin).

Ocon berusia 24 tahun yang mendahului sejak awal perlumbaan meraih kejuaraan sulung dalam 78 Grand Prix dan kemenangan pertama untuk Alpine.

“Detik menakjubkan! Saya berasa sangat bagus!,” kata Ocon.

“Cukup fantastik, apa lagi boleh saya katakan? Tahniah juga kepada Fernando (Alonso), saya fikir kemenangan ini juga untuknya yang bekerja keras dalam perlumbaan ini.

“Ini kemenangan berpasukan dan hari yang sangat fantastik!”

Pelumba Red Bull, Max Verstappen sekali lagi terbabit kemalangan membabitkan lima kereta pada pusingan pertama dan dia akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 sekali gus membolehkan Hamilton memintas dengan enam mata dalam carta kejuaraan.

“Tahniah kepada pasukan Alpine dan juga Esteban di atas kemenangan pertamanya. Dia adalah bintang yang menyinar sejak sekian lama,” kata Hamilton yang sekali lagi diejek ketika sidang media oleh penonton yang mendakwa dia menjadi punca insiden di GP British sehingga Vestappen terkeluar daripada perlumbaan. – HM

Google ads
Back to top button