Buletin

BOLEH LAPOR TERUS KALAU JUMPA NOMBOR PLAT FANCY – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memberi kebenaran kepada orang ramai membuat laporan jika mereka ternampak mana-mana kenderaan memasang  nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’.

JPJ menerusi satu kenyataan berkata, aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat emel [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

“Orang ramai disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’,” katanya.

Semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Pemilik kenderaan akan diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button