
HONDA SUPER CUB 82 NAK JUAL. NOMBOR PLAT 88888, HARGA RM90K!!!
Seorang pemilik Honda Super Cub 82 dengan nombor pendaftaran 29-AA 88888 ingin melepaskan motosikal terbabit pada harga kira-kira RM 90,819 di Vietnam.
Du Van Toan yang berasal dari bandar Son Tay berkata dia membeli motosikal terbabit daripada pemilik lama di Hanoi apabila secara tidak sengaja melihat iklan yang dimuatnaik melalui platform online.
“Selama dua tahun saya memujuk pemilik bermula tahun 2019 hingga 2020 untuk memiliki motosikal ini.
“Pada waktu itu, saya berjaya membeli pada harga kira-kira RM74,257,” katanya.

Penggemar motosikal itu menambah, ia didaftarkan pada tahun 1997 tetapi nombor plat empat angka agak lama.
Justeru, dia menjelaskan, ia ditukar kepada plat lima angka iaitu 29AA-88888. Super Cub 82 itu telah banyak kali dibeli dan bertukar tangan oleh penggemar motosikal antik di Ha Thanh.
“Selepas dibeli pemilik sebelum ini, motosikal itu dibaik pulih dan ditukar alat ganti baharu Cub 82 yang menelan belanja lebih RM18,470.

“Motosikal ini mendapat khidmat enjin 4 lejang 50cc penyejukan udara, sama seperti model Cub 80 dan 81 di Vietnam,” katanya.
Toan berkata dia ingin menjual motosikal berkenaan berikutan usianya yang sudah mencecah 30 tahun.
“Saya ingin memberi peluang kepada peminat motosikal yang memahami dan menghargai erti keindahan jentera asli Jepun Super Cub 82,”katanya.
Jika ia dapat dijual, Super Cub 82 tersebut bakal menjadi antara termahal dalam pasaran hari ini. – Zingnews