TUKAR NOMBOR PLAT ‘FANCY’ ATAU BERDEPAN TINDAKAN!!! – POLIS JOHOR
Pemilik kenderaan yang menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ bakal berdepan tindakan tegas termasuk anggota polis dan agensi penguat kuasa.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mempertingkatkan operasi bagi mengesan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan itu dan kesalahan melanggar lampu isyarat, bermula hari ini sehingga 31 Disember menerusi Op Khas.
Beliau berkata penggunaan nombor plat ‘fancy’ menyukarkan pengecaman sekiranya terdapat kesalahan dilakukan individu termasuk melanggar lampu isyarat, kemalangan, langgar lari dan kes-kes jenayah.
Ayob Khan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi sama ada terhadap orang awam mahupun anggota polis serta agensi penguat kuasa sekiranya melakukan kesalahan seumpama itu.
“Akan ada lebih banyak operasi dalam dua minggu ini. Bagi sesiapa yang menggunakan nombor ‘fancy’, cepat tukar… jangan sampai kami ambil tindakan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan antara alasan diberikan pemilik kenderaan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi adalah kerana mahukan kelainan, ingin kelihatan bergaya dan mahu menunjukkan status.
Polis Johor mengeluarkan 9,985 saman terhadap pemilik kenderaan bagi kesalahan penggunaan nombor plat tidak mengikut spesifikasi atau ‘fancy’ sehingga mengelirukan serta sukar dikenal pasti, sejak awal Januari sehingga hari ini. – Bernama/Sinar Harian/FB Polis Johor
- BACA: CURI EKZOS KERETA, 15 LELAKI TERMASUK WARGA BANGLADESH DAN PEMILIK KEDAI BESI BURUK DITAHAN POLIS
- BACA: LELAKI BAWA POKOK PISANG SECARA MELINTANG DENGAN VIOS DITAHAN POLIS. ADA 18 SAMAN TRAFIK, 4 WARAN TANGKAP
- BACA: REMBAT MOTOSIKAL DELIVEROO. POLIS JEJAK SISTEM PENGESAN JUMPA PENCURI,SENJATA DAN DADAH!!!
- BACA: ANAK JATUH NAIK MOTOSIKAL CURI, MAK SALAHKAN POLIS PULA