Buletin

BOLT LANCAR PERKHIDMATAN BOLT BUSINESS DI MALAYSIA

Bolt, penyedia platform mobiliti terkemuka dari Eropah, mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan Bolt Business di Malaysia.

Bolt Business menawarkan penyelesaian pintar bagi syarikat mengurus perjalanan kerja kakitangan dengan lebih mudah dan efisien.

Menerusi Bolt Business, syarikat tidak perlu membayar yuran pendaftaran dan akan menikmati kemudahan papan pemuka pengurusan berpusat serta laporan automatik.

Kaedah ini membantu mengurangkan keperluan tuntutan manual, di samping memberikan kawalan penuh serta keterlihatan terhadap pergerakan pekerja.

Direka khas untuk tenaga kerja moden, perkhidmatan ini sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk perjalanan harian, mesyuarat luar pejabat dan tugasan rasmi.

Papan pemuka mesra pengguna membolehkan syarikat menetapkan had perjalanan, mengurus pusat kos, memantau penggunaan serta mengakses laporan secara masa nyata, sekali gus memperkemas urusan kewangan dan sumber manusia.

Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi berkata, pelancaran ini diharap dapat menyelesaikan cabaran syarikat yang masih terikat dengan proses tuntutan perjalanan secara manual.

“Dengan Bolt Business, kami mahu menjadikan urusan mobiliti korporat lebih mudah, telus dan fleksibel, selain memberi lebih banyak peluang pendapatan kepada rakan pemandu tempatan,” katanya.

Sejak mula beroperasi di Malaysia pada penghujung 2024, Bolt berkembang pesat di Lembah Klang dengan memperkenalkan tambang inklusif tol, kategori premium Bolt Executive, serta menarik lebih ramai rakan pemandu.

Pelancaran Bolt Business memperluaskan lagi nilai tersebut ke peringkat korporat, menawarkan kaedah pengurusan perjalanan yang lancar dan bebas tekanan.

Google ads
Back to top button