Motosikal

BOON SIEW HONDA PERKENAL CBR250RR EDISI TRICOLOR BAHARU. BERMULA RM25,999 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini melancarkan warna baharu Trico Editon untuk Honda CBR250RR ke pasaran tempatan. 

Jentera supersport itu kini tampil dengan gayaan yang berpegang kepada Total Control, DNA kepada siri Hoda CBR yang menjanjikan reka bentuk agresif. 

Kombinasi warna merah, biru dan putih yang dikenali sebagai Tricolor itu sudah menjadi ikon Honda berdekad-dekad lamanya. Ia mewakili teknologi perlumbaan Honda. 

Dilancarkan pada tahun 2020, Honda CBR250RR dikuasakan oleh enjin DOHC dua silinder 8 injap yang mampu menjana 40hp dan tork 25Nm.

Jentera itu menetapkan satu penanda aras baharu apabile dilengkapi ciri Quick Shifter buat pertama kali dalam segmen motosikal 250cc negara. 

Honda CBR250RR juga dipasang dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran yang menawarkan kuasa membrek meyakinkan.

Selain Tricolor, Honda CBR250RR hadir dalam warna hitam metalik. Boleh dibeli secara eksklusif di pengedar Honda BigWing dan Impian X, motosikal itu ditawarkan pada harga RM25,999 seunit. Harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. 

Motosikal itu hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu). 

GALERI

Google ads
Back to top button