
ASTON MARTIN DBX THE ONE EDITION TIBA DI MALAYSIA. RIM 23 INCI, BERMULA RM1.1 JUTA
Aston Martin Kuala Lumpur baru-baru ini memperkenalkan Aston Martin DBX The One Edition yang sudah diubah suai dan dihasil menggunakan tangan.
Menjadi satu-satunya model DBX seumpamanya di Malaysia, spesifikasi unik jentera tersebut dibuat bagi meraikan sinergi di antara elemen sporty dan kehalusan buatan yang memang terkenal dalam apa jua produk Aston Martin.
Warna biru yang dikenali sebagai Concours Blue itu cukup cantik dan elegan. Ia merupakan warna sama apabila model Aston Martin One-77 melakukan debut dunia. Selepas dikeluarkan daripada palet warna DBX, Aston mengambil keputusan untuk mengembalikan warna berkenaan pada DBX yang istimewa ini.

DBX The One Edition dipasang dengan rim tempa berwarna hitam satin bersaiz 23 inci yang menjadi rim paling besar pernah dipasang pada jentera Aston Martin. Rim itu bukan sekadar cantik, malah meningkatkan prestasi CBX kerana cukup ringan.
Ruang kabin pula tampil dengan kemasan kulit dua tona, hitam dan coklat yang sangat mewah. Pelanggan juga menambah personalisasi SUV itu dengan pakej kemasan hitam berkilat, naik taraf ekzos sport dan banyak lagi.

Aston Martin DBX ditawarkan pada harga asas RM818,000. Manakala Aston Martin DBX The One Edition berharga RM1.1 juta (tidak termasuk cukai).
Maklumat lanjut, sila hubungi: 03-2163 1196 atau emel ke: [email protected]
- BACA: GAGAL SAMAN BENGKEL, PEMILIK ASTON MARTIN DB9 DIARAH BAYAR RM1 JUTA KERANA CUBA MENIPU
- BACA: ASTON MARTIN VALKYRIE PELANGGAN PERTAMA DAH SIAP, 1139 HP!
- BACA: ASTON MARTIN TAK MAHU BANYAK SANGAT SUV, SATU SUDAH CUKUP
- BACA: ASTON MARTIN DBX707, SUV DALAM LIGA PALING BERKUASA DI DUNIA!
GALERI








