" "
Motosikal

BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X (WINNER X) DI MALAYSIA. RM8,688 SEUNIT!

Selepas sekian lama menunggu, Boon Siew Honda akhirnya melancarkan model paling ditunggu ramai iaitu Honda RS-X ke pasaran tempatan. 

Kalau anda perasan, Boon Siew sebenarnya telah berkongsi poster teaser di laman Facebook rasminya dengan kapsyen “Yang dinantikan hampir tiba!”. 

Pengenalan jentera yang dikenali sebagai Honda Winner X di pasaran lain itu pasti menggembirakan peminat motosikal yang mahukan sesuatu lebih menarik berbanding RS150R. Kapcai itu juga akan menjadi pesaing sengit kepada Yamaha Y16ZR.  

RS-X dikuasakan oleh enjin empat lejang satu silinder tunggal bersesaran 149.1cc DOHC dengan sistem penyejukan cecari dan teknologi pancitan bahan api PGM-FI. Enjin yang memathui piawaian Euro4 itu mampu menjana kuasa mencecah 15.4hp pada 9,000rpm dan tork 13.5Nm, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. 

Jentera itu lebih selamat dengan adanya sistem brek ABS satu saluran. RS-X dipasang dengan lampu utama LED berkembar. Tidak ketinggalan, ciri-ciri lain seperti pembuka tempat duduk, sealed chain, speedometer digital dan banyak lagi. 

Gayaan sporty kapcai tersebut diserlahkan menerusi kowling penuh yang aerodinamik dan slim tail. Rekaan ekzos seperti motosikal berkuasa tinggi itu bukan sekadar cantik, malah memberikan bunyi yang sedap didengar. 

RS-X hadir dalam tiga pilihan warna iaitu  merah (Trico Edition), biru dan kuning. Ia boleh anda miliki pada harga RM8,688 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran). Motosikal itu juga hadir dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,00km (mana-mana tiba dahulu). 

GALERI

Google ads
Back to top button