
Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi mengumumkan kehadiran Honda BigWing di Malaysia, pusat sehenti jualan dan servis untuk motosikal berkuasa tinggi Honda daripada 250cc ke atas di Pameran Auto Malaysia 2017. Bersama-sama dengan rangkaian Honda yang memberi fokus kepada model 250cc ke bawah, BSH bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran yang pelbagai di Malaysia.
Tahun ini menandakan tahun pertama BSH menyertai cara tahunan Pameran Auto Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia. “Dengan memperkenalkan Honda BigWing, ia menyaksikan keghairahan BSH untuk memupuk minat dan nilai kepada pelanggan, maka kami bukan sahaja memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik malah mewujudkan pengalaman kepada pelanggan menerusi pelbagai aktiviti,” kata En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH.
Diperkenalkan sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Hoda BigWing terdiri daripada pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat pelanggan. Konsep menyeluruh yang tersendiri ini telah direka untuk memberi persekitaran yang bergaya, sofistikated dan premium.
Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, kesemua pusat Honda BigWing dilengkapi dengan peralatan khas dan kemudahan yang diluluskan BSH serta pegawai jualan dan mekanik yang telah dilatih secara profesional.
“Sepertimana biasa, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami,” tambah En. Nagata.
Pada separuh pertama 2017, BSH mencecah rekod jualan 400 unit dan menjana kenaikan 12% jualan motosikal berkuasa tinggi berbanding tahun 2016. Selepas pengenalan Honda BigWing, BSH menyasarkan pertumbuhan sebanyak 30% (1600 unit) dalam pasaran motosikal berkuasa tingg pada tahun hadapan.
Honda BigWing akan dibuka di 4 bandar utama – Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor, yang menyumbang kira-kira 75% daripada jualan motosikal berkuasa tinggi Honda di Malaysia. Pusat Honda BigWing pertama akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari 2018 oleh Ee Tiong Motorsports Sdn. Bhd, diikuti Taycon Motor Sdn. Bhd. di Pulau Pinang, Welly Team Cycle Sdn. Bhd. di Selangor dan Additional Growth Sdn. Bhd. di Johor.
Dengan kerancakan pertumbuhan segmen motosikal berkuasa tinggi, BSH menyasarkan untuk berkongsi pengalaman Honda BigWing kepada rakyat Malaysia.