BuletinMotosikal

HLYM PERKENAL WARNA BARU UNTUK SKUTER YAMAHA NMAX – VERSI LAMA SUDAH HABIS!

Semalam HLYM mengumumkan kehadiran livery Movistar MotoGP untuk skuter terbaru mereka Yamaha NVX, Hari ini, kembarnya, Yamaha N-MAX mendapat kemaskini warna baru iaitu BIRU dan HITAM.

Ini bermakna, warna sedia ada iaitu MERAH dan KELABU ditamatkan produksinya. Bermula minggu hadapan, warna baru BIRU dan HITAM akan memasuki pasaran.

Harga jualan bagi model ini tidak mengalami sebarang perubahan iaitu RM8,812.84 (selepas GST, tanpa insurans).

Yamaha NMAX dilengkapi enjin empat lejang SOHC silinder tunggal bersesaran 155cc yang pertama dalam kelasnya. Ia mampu menghasilkan kuasa 11.1kW dan tork 14.4Nm. Penghantaran kuasa ke roda dipadankan dengan transmisi V-Automatik.

Antara ciri NMAX yang menarik termasuklah lampu hadapan dan belakang LED, ruang lantai dan kargo yang luas, meter LCD, penyerap hentakan berkembar, serta brek cakera bersaiz 230mm untuk kedua-dua rodanya.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”127″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button