Buletin

BOS VW YAKIN MAMPU ATASI JUALAN TESLA MENJELANG 2025

Biarpun banyak pengeluar yang berazam untuk mengatasi Tesla, namun sehingga kini impian tersebut sukar untuk dilaksanakan.

Terbaharu, CEO Volkswagen Herbert Diess melahirkan rasa percaya syarikatnya mampu mengatasi Tesla dari segi jualan kenderaan elektrik global menjelang tahun 2025.

Bercakap kepada Squawk Box di CNBC, Diess turut meramalkan pihak Volkswagen akan mendapat momentum yang sebenar setelah masalah rantaian bekalan di peringkat global mula reda menjelang separuh kedua tahun ini.

“Pasaran adalah sentiasa berkait dengan masa depan. Apabila berbicara soal EV, Tesla merupakan syarikat peneraju, kemungkinan kerana ia sebuah syarikat kenderaan yang paling digital, dan mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

“Kami akan sentiasa menyasarkan untuk mengikut dan berkemungkinan mengatasi (Tesla) menjelang 2025 dari segi jumlah jualan.

Selain Volkswagen, General Motors juga turut berazam untuk menjadi peneraju di dalam segmen EV menjelang 2025 dengan sasaran untuk menghasilkan 2 juta unit kenderaan elektrik setahun, manakala Ford pula menyasarkan untuk membina 2 juta unit kenderaan setahun menjelang tahun 2026.

Google ads
Back to top button