Buletin

BOSCH CATAT PRESTASI KEWANGAN MEMBANGGAKAN PADA 2017

Bosch, peneraju pembekal global bagi teknologi dan perkhidmatan, menamatkan tahun fiskal 2017 di Malaysia dengan jualan bersih – termasuk jualan syarikat bukan gabungan serta jualan dalaman kepada syarikat bersekutu – sebanyak RM 5.2 bilion (1.1 bilioneuro), lantas mencatat peningkatan hampir lapan peratus berbanding tahun lepas.

Jualan gabungan Bosch dalam pasaran Malaysia berjumlah RM 615 juta (127 jutaeuro) pada tahun 2017 – kekal sebagai penyumbang pendapatan kedua tertinggi bagi Bosch di rantau Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut yang menunjukkan prestasi stabil saban tahun.

Menjelang akhir tahun, tenaga kerja Bosch di dalam negara telah meningkat sebanyak tiga peratus yang berjumlah lebih daripada 2,800 individu. Angka ini merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja Bosch di rantau Asia Tenggara.

“Tahun 2017 menyaksikan penekanan pasaran terhadap solusi perhubungan merentasi segmen-segmen perniagaan kita,” ujar Simon Song, pengarah urusan Bosch di Malaysia.

“Dengan menggunakan kelebihan kita dalam aspek keterhubungan, kita mempunyai kelengkapan yang secukupnya untuk memperkembangkan penawaran servis kita berdasarkan Internet of Things (IoT).

Ini termasuk penawaran perisian pembuatan terhubung (connected manufacturing software) dan solusi bagi pelbagai industri, membangunkan serta menghasilkan produk yang boleh diperolehi melalui portal web bagi pengguna akhir dan perniagaan lain melalui jalinan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk menerajui Malaysia ke arah transformasi digital.”

Pada tahun lepas, Bosch di Malaysia telah meningkatkan perbelanjaan modal di dalam negarahampir sebanyak 50 peratus dan telah melabur sebanyak RM 236 juta (49 jutaeuro) untuk melengkapi tapak perkilangan syarikat ini dengan solusi Industri Bosch 4.0.

“Sebagai lokasi perkilangan dan R&D yang utama bagi solusi mobiliti global dan perniagaan alatan berkuasa ditawarkan oleh Bosch, pelaburan yang kukuh diperlukan untuk meningkatkan kapasiti dan kebolehan kilang-kilang kita yang akan memberikan kelebihan untuk bersaing di samping memenuhi permintaan global terhadap produk dan solusi inovatif,” ujar Song.

“Dengan peralihan dinamik pasaran yang semakin pesat, cabaran bagi kita adalah untuk membawa pembangunan baharu ke dalam pasaran dengan segera. Integrasi yang berterusan terhadap fasiliti-fasiliti kita dengan perkilangan terhubung membantu proses-proses yang terlibat untuk menjadilebih pintar, lancar dan ringkas – lantas menzahirkan kitaran inovasi yang lebih pendek.”

Google ads
Back to top button