Buletin

MERCEDES-BENZ S-CLASS S 450 L AMG LINE DILANCARKAN – RM699,888 SEUNIT, RM8,888 SEBULAN

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam melancarkan model sedan mewahnya, S-Class S 450 L ke pasaran Malaysia.

Dipasang di kilangnya di Pekan, Pahang, jentera tersebut di ditawarkan pada harga bermula RM699,888 seunit.

S-Class S 450 L dikuasakan oleh enjin enam silinder bersesaran 3.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 367hp dan tork 500Nm. Berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 5.4 saat, enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik 9 kelajuan, 9G-TRONIC.

Saloon mewah paling laris di dunia

Membawa pemanduan autonomi ke tahap lebih tinggi, sedan itu dipasang dengan sistem Intelligent Drive. Ciri Active Distance Control DISTRONIC dan Active Steering Assist memastikan pemanduan selesa dan jarak yang selamat.

Kelajuan akan diubah secara automatik ketika hendak memasuki selekoh, simpang atau bulatan. Lampu utama MULTIBEAM LED pula menawarkan pancaran lampu yang pantas dan tepat berdasarkan kepada kondisi trafik.

Pembangunan S-Class S 450 L sememangnya ekstensif dengan lebih 6,5000 komponen baharu digunakan. Sebagai perintis teknologi, S-Class menjadi model saloon mewah paling laris di dunia. Sejak tahun 2013, Mercedes-Benz telah berjaya menjual 300,000 unit S-Class menerusi enam varian berbeza.

Reka bentuk luaran eksklusif

Kemewahan S-Class baharu diserlahkan menerusi material dan hasil pertukangan berkualiti tinggi. Semua modelnya kini dilengkapi gril radiator baharu dengan varian S 450 L dipasang dua bar hitam berkilat pada gril tersebut.

Bampar hadapan yang hadir dengan corong kemasukan udara itu juga nampak agresif.

Bahagian belakang menggunakan lampu LED yang kelihatan seperti kristal. Ia akan menyala apabila kereta dibuka dan dikunci. Tiga pasang optik gentian horizontal itu juga baharu.  

Ruang kokpit moden

Ruang dalaman S-Class didatangkan dengan dua paparan beresolusi tinggi bersaiz 12.3 inci. Kedua-dua paparan itu diletakkan di dalam satu perumah kaca yang merentangi papan pemuka.

Memandangkan kokpit ini digital sepenuhnya, pemandu boleh memilih daripada tiga gaya paparan iaitu Classic, Sporty dan Progressive. Selain membuat konfigurasi maklumat yang mereka kehendaki.  

S-Class S 450 L juga didatangkan dengan butang Touch Control pada stereng yang memberi maklum balas seperti skrin telefon pintar. Sistem infotaimen boleh dioperasi menerusi pad sentuhan pada konsol tengah dan kawalan suara LINGUATRONIC.

Lebih menarik lagi, arahan suara itu kini boleh digunakan untuk mengawal sistem pendingin hawa, lampu kabin, pewangi, fungsi urutan kerusi dan head-up display (HUD).

Pembiayaan

Pelanggan boleh memiliki S Class 450 L AMG Line dengan bayaran bulanan sebanyak RM8,888 dengan Pembiayaan EaseCare selama tiga tahun. Ia didatangkan dengan nilai tambah seperti pakej servis, insurans komprehensif untuk tahun pertama dan pembiayaan fleksibel.

Sebagai perbandingan, pembiayaan konvensional selama tiga tahun tanpa sebarang nilai tambah memerlukan anda membayar RM16,198 sebulan.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button