Buletin

BOSCH MOBILITY AFTERMARKET MALAYSIA LANCAR KEMPEN BAHARU, DRIVE #LIKEABOSCH

Bosch Mobility Aftermarket Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen baharu, “Drive #LikeABosch,” dengan memperkenalkan Bosch LED Roving Truck Roadshow yang akan bergerak ke beberapa lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia.

Lebih menarik, acara ini menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif, hadiah menarik, serta pengalaman interaktif kepada para pengunjung.

Roadshow ini bakal menampilkan enam stesen interaktif dengan Bosch LED Roving Truck sebagai pusat utama.

Pengunjung akan diberikan Mission Card untuk mengumpul cop dari setiap stesen, dan mereka yang melengkapkan kad ini berpeluang menerima hadiah misteri.

Antara aktiviti yang tersedia termasuk 3D Photo Booth, Giant Buzzer Wire Challenge, Memory Challenge Station, serta Cafe & Popcorn Station.

Selain itu, terdapat Wiper Recycling Booth di mana pengunjung boleh menukar wiper lama mereka untuk menikmati diskaun RM20 ke atas pembelian Aerotwin Wipers di tapak acara.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi Strider dan Europa hon kenderaan Bosch serta perbandingan mentol LED berbanding mentol halogen, di mana mereka dapat merasai pengalaman perbezaan antara kedua-dua jenis lampu tersebut.

Selain wiper, trak ini turut menawarkan pelbagai produk Bosch lain seperti minyak enjin, penapis kabin Aeristo Premium, penapis minyak, sistem brek, mentol LED, hon kenderaan, serta pencaj bateri untuk dibeli.

Para pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan memutar roda hadiah setelah melengkapkan misi.

Mereka yang membuat pembelian bernilai RM150 ke atas untuk produk Bosch Autoparts akan layak mencuba nasib di mesin Bosch Gachapon dengan peluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM12,000 termasuk mesin kopi Bosch, Apple AirPods, bantal edisi terhad, T-shirt, beg kanvas, serta baucar Shopee.

Jadual lokasi Bosch LED Roving Truck adalah seperti berikut:

  • 2 hingga 6 Oktober: Starhill, Kuala Lumpur
  • 8 hingga 9 Oktober: Aeon Tebrau City, Johor Bahru
  • 12 hingga 13 Oktober: Plaza Gurney, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran menarik dan hadiah istimewa di roadshow ini!

Google ads
Back to top button