Buletin

BROSUR PERDANA 2016 DIDEDAHKAN

Proton Holdings Berhad (Proton) mendedahkan spesifikasi rasmi model Perdana serba baharunya. Brosur pra-pelancaran itu lengkap dengan maklumat spesifikasi,  rekaan dan teknologi yang ditawarkan oleh Perdana 2016.

brosur-perdana-2016-mekanika (2)

Pada brosur berkenaan, Perdana dilengkapi dengan enjin 2.4 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa 133kW @ 6, 500rpm dan tork setinggi 222Nm @ 4, 300rpm. Penghantaran kuasa ke roda hadapan dibantu oleh kotak gear automatik  5-kelajuan. Ciri pedal shifter ada disediakan.

Model sedan segmen D itu  juga akan ditawarkan dengan pilihan  enjin 2.0 liter.  Bagaimanapun, difahamkan enjin 2.0 liter bakal diperkenalkan kemudian. Beberapa bulan selepas enjin 2.4 liter dilancarkan.

brosur-perdana-2016-mekanika (3)

Walaupun berasaskan Honda Accord generasi ke-8, Proton Perdana 2016 sedikit lebih besar. Perdana memiliki panjang 5, 020mm, lebar (1, 845mm), tinggi (1, 475mm) dan jarak roda  (2, 800mm).

Berat Perdana ialah 1, 525kg yang dipadankan dengan tayar bersaiz 225/50 R17.

brosur-perdana-2016-mekanika (4)

Bahagian luar tampil lebih elegan dengan ciri lampu nyalaan siang (DRL) bersama kit badan penuh serta spoiler.

Dipadankan dengan logo Proton baharu, Perdana didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu kelabu, perak, merah, putih, hitam dan Citrine Gold.

IMG_0615

Masuk ke kabin, Perdana 2.4 liter menerima skrin sentuh bersama ciri navigasi, dua zon pendingin hawa automatik dan sistem audio.

Demi ketenangan minda pemilik,  Perdana menerima ciri  park assist (kamera undur, sensor hadapan dan belakang), ABS, EBD dan Electronic Stability Control.

proton-perdana-2016-mekanika

Menurut khabar yang diterima, difahamkan model tersebut akan dilancarkan hujung bulan ini. Sama-sama kita nantikan!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button