Motosikal

HONDA BAKAL HASILKAN SEMULA NX650 DOMINATOR?

Honda dikatakan mungkin menghasilkan semua jentera adventure, NX650 Dominator yang telah dihentikan produksinya pada awal tahun 2000.honda-rumored-NX650-dominator-mekanika (2)

Memetik laporan Autoevolution, khabar angin itu bertiup kencang selepas satu paten lakaran model baharu yang dilihat mempunyai persamaan dengan NX650 Dominator muncul di internet.

Walaupun baru sahaja menawarkan model touring Africa Twin, Honda menyedari bahawa minat pengguna terhadap model adventure dengan sesaran enjin lebih kecil masih ada.

Justeru, Honda melihat menghasilkan semula NX650 Dominator mungkin satu tindakan yang wajar. NX650 Dominator dikatakan sebagai sebuah jentera yang sesuai untuk perjalanan jauh dan off-road yang serius.

Berdasarkan kepada lakaran tersebut, jentara itu mungkin dilengkapi dengan enjin satu silinder. Mengenai platform pula, tidak mustahil Honda akan menggunakan platform NC700.

Tetapi, jika Honda mahukan nisbah berat kuasa yang lebih baik, platform bahau mungkin lebih munasabah. Apa pun, sama-sama kita tunggu!

Google ads
Back to top button