
MERCEDES-BENZ A 250 MOTORSPORT EDITION – RM256,888!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini mengumumkan kebolehdapatan model A 250 Motorsport Edition.
Model edisi terhad ini menampilkan rekaan unik pada bahagian dalaman dan luarannya. Ia menggabungkan elemen gaya AMG Line, pakej aerodinamik dan kemasan berwana hijau.
Kemasan berwarna hijau Petronas itu boleh dilihat pada bahagian bampar depan dan belakang, rim, papan pemuka, karpet lantai, perehat tangan serta tempat duduk yang menggunakan material gentian mikro kulit/DINAMICA.
Model yang dibina berasaskan kepada AMG Line ini hadir bersama pakej Night, lampu utama LED bereprestasi tinggi, pakej Exclusive AMG dan Audio 20 CD sebagai ciri standard.
A 250 Motorsport Edition dijana oleh enjin berkuasa 381hp dan toek masimum 475Nm yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7G-DCT.
Ditawarkan pada harga RM256,888 seunit (OTR tidak termasuk insurans + GST), pelangga mempunyai pilihan warna putih, hitam, perak dan kelabu.