
Boon Siew Honda akan menawarkan bantuan kepada semua pemilik motor BSH yang terjejas akibat banjir yang melanda di Pulau Pinang baru-baru ini melalui Program Bantuan Banjir.
Melalui program ini, BSH menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk alat ganti tulen dan kos buruh percuma di dealer yang dipilih oleh BSH. Program Bantuan Banjir ini akan dilaksanakan pada 10 November sehinga akhir bulan January 2018. Semua pelanggan BSH yang dijejas akibat banjir dinasihatkan untuk menhubungi dealer berdekatan. Di bawah adalah senarai pengedar yang terlibat
Taycon Motor Sdn Bhd 012-5534821 (Ah Pin)
Chang Motor Sdn Bhd 016-4433856 (Ms. Foong)
Sing Huat Motor Sdn Bhd 012-4088398 (Mr. Cheah)
Boon Hai Motor Sdn Bhd 012-4923446 (Ah Hooi)
KB Soon Huat Motor Sdn Bhd 019-5751241 (Mr. Khoo)
Chung Seng Motor (S.Perai) Sdn Bhd 017-4958705 (Ah Chye)
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd 014-5822489 (Mr. Chong)
“BSH berharap program ini dapat meringan beban yang dihadapi oleh pelanggan kami akibat banjir yang melanda Pulau Piang baru-baru ini. Kita (BSH) akan mencuba sedaya upaya untuk memberi bantuan kepada pelanggan kami” kata Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi and Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Pelangan BSH yang mengalami kerosakan motosikal BSH akibat banjir dinasihatkan untuk menghubungi pengedar berdekatan untuk pemeriksaan. Pelanggan motorsikat BSH yang terjejas akibat banjir baru baru ini dinasihatkan untuk menghubungi talian tol bebas 1800-88- 3993 untuk bantuan tunda dan pemeriksaan.