Buletin

PELUANG DAPAT TAYAR MICHELIN PERCUMA DI TYREPLUS

Pemilik kereta berpeluang untuk mendapatkan balik bayaran bagi pembelian tayar MICHELIN daripada TYREPLUS menerusi promosi hujung tahun yang dianjurkan oleh Michelin Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghargai pengguna setia yang sering mendapatkan perkhidmatan penyenggaraan kereta di kedai-kedai TYREPLUS.

Kempen mingguan yang dianjurkan dari 6 November hingga 31 Disember 2017 ini bertujuan untuk menarik pelanggan TYREPLUS yang ingin merasai pengalaman memandu mutlak dengan tayar MICHELIN, yang terkenal kerana prestasi, keselamatan dan keselesaan dalam
semua keadaan jalan.

Promosi hujung tahun ini menggalakkan pemandu Malaysia mencuba produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh profesional cukup terlatih di TYREPLUS – penyedia servis kereta yang menjanjikan kualiti perkhidmatan terbaik dan terus meluaskan
jangkauannya kepada lebih ramai pemilik kereta individu dan kumpulan kenderaan komersial di negara ini.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan tetapi juga kedai-kedai TYREPLUS yang menjual set empat tayar Michelin kepada pelanggan yang dipilih sebagai pemenang. Kedua-duanya, iaitu pelanggan yang menang dan kedai TYREPLUS masing-
masing layak mendapat bayaran balik penuh nilai pembelian dan jualan.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Encik Pascal Nouvellon, kempen ini membolehkan Syarikat menghargai pelanggannya yang menyokong MICHELIN dan TYREPLUS selama ini.

“TYREPLUS memang sentiasa memberikan perkhidmatan penjagaan kereta yang boleh dipercayai, menyenangkan dan menyeluruh, dan promosi hujung tahun ini memperlihatkan penghargaan kami yang paling tinggi kepada pelanggan kerana kesetiaan dan kepercayaan
mereka kepada jenama TYREPLUS dengan menawarkan peluang kepada mereka untuk mendapatkan balik bayaran bagi pembelian tayar MICHELIN mereka di TYREPLUS,” kata Encik Nouvellon.

“TYREPLUS telah melancarkan inisiatif penjenamaan semula pada bulan Mei tahun ini untuk memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan menawarkan prestasi produk serta perkhidmatan yang lebih baik untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. Promosi hujung tahun bukan sahaja membolehkan MICHELIN berinteraksi dengan pelanggan kami yang sedia ada di TYREPLUS tetapi juga menarik lebih ramai pemandu yang ingin berkongsi pengalaman memandu yang lebih selamat dan lancar,” tambah Encik Nouvellon.

Untuk menyertai promosi ini, pelanggan perlu membeli empat tayar MICHELIN dari mana-mana kedai TYREPLUS antara 6 November dan 31 Disember 2017. Pelanggan seterusnya dikehendaki menghantar gambar resit menerusi aplikasi WhatsApp dan melengkapkan slogan
“Saya suka TYREPLUS kerana ……….” dalam 20 perkataan.

Setiap minggu, MICHELIN akan menyemak semua penyertaan untuk menentukan pemenang mingguan. Sepanjang tempoh kempen ini, sejumlah lapan pelanggan dan lapan kedai TYREPLUS akan diumumkan sebagai pemenang di laman Facebook TYREPLUS. Kedai TYREPLUS yang menang akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah yang akan disiarkan secara langsung di laman
Facebook (Facebook Live) dari kedai TYREPLUS tempat pembelian pemenang.

TYREPLUS ialah jenama global konsep peruncitan Michelin yang mempunyai rangkaian runcit tayar bebas di merata pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Pusat sehenti ini menawarkan segala penyelesaian servis kereta di bawah satu bumbung.

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian servis kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 50 cawangan dan angka ini semakin bertambah. TYREPLUS menyediakan perkhidmatan tambahan daripada penggantian tayar, pembaikan
tayar, pengimbangan roda, penjajaran roda dan servis kereta biasa dengan sokongan jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.

Perkhidmatan sedemikian ditawarkan untuk pemilik kenderaan mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan yang sewajarnya.
Sejajar dengan perkembangan pesatnya, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan visual dan identiti korporatnya yang baharu, selaras dengan rancangan penjenamaan semula rangkaiannya di Malaysia dalam masa empat tahun akan datang. Ini termasuk pembukaan
lima kedai TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

Google ads
Back to top button