Buletin

PERODUA MYVI BAHARU DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – HARGA BERMULA RM44,300

Beberapa hari lepas tersebar beberapa gambar spyshot Perodua Myvi generasi baru di media sosial. Seperti biasa, ia adalah petanda bahawa model gantian kereta sukan sports pantas terulung di Malaysia ni semakin hampir.

Hari ini, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk Myvi serba baru telah dibuka. Ya. Ia model baru sepenuhnya yang dibangunkan oleh Perodua sendiri.

Harga jualan juga sudah diumumkan. Ia bermula pada RM44,300 hingga RM55,300.

Myvi baru ini didatangkan dengan lima varian yang terdiri daripada pilihan  1.3L & 1.5L

Berikut adalah perincian harga bagi setiap model. 

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual – RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto – RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto – RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto – RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto – RM55,300

Turut diumumkan ialah enam pilihan warna yang ditawarkan yang terdiri dari Granite Grey Mattalic – 1.5L sahaja, Peppermint Green Metallic – 1.3L sahaja, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Model baru ini akan menggunakan enjin DVVT sedia ada dari Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang sama seperti model Bezza dan Vios baru. Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan. Ia terbukti transmisi zaman purba yang sangat lasak tanpa memberi sebarang masalah.

Enjin 1.3 menghasilkan 94hp @ 6,000rpm dan tork 121Nm @ 4,000rpm sementara unit 1.5L menghasilkan 102hp @ 6,000rpm dan tork  136Nm @ 4,200rpm

Turut dipertingkatkan ialah ciri keselamatan seperti Advanced Safety Assist. Sementara itu, versi premium dilengkapi dengan ENAM beg udara manakala versi standard empat bag udara.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah:

  1. Lampu depan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
  2. Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.
  3. Ruangan roda Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci bagi 1.3L manakala varian 1.5L dipadankan dengan rim 15-inci dua tona. Ini sudah bagus!
  4. Selain pilihan warna merah, putih dan perak, Perodua turut memperkenalkan warna baharu, iaitu kelabu dan hijau.
  5. Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik.
  6. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.
  7. Varian tertinggi menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
Google ads
Back to top button