
10 TAHUN TUNGGU JALAN DIBAIKI, LELAKI BUAT AKSI MEMANCING SINDIR KERAJAAN
Seorang lelaki di Kampung Nin Man Thet, Thailand sengaja melakukan aktiviti memancing di sebuah lubang jalan raya berlubang yang dipenuhi air sebagai sindiran kepada kegagalan kerajaan tempatan dalam membaiki infrastruktur di situ, lapor laman berita Thaiger.
Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya yang mengalami kerosakan teruk namun, tiada perkembangan positif yang diterima.
Jalan yang dimaksudkan itu menghubungkan daerah Non Sung dan Chaloem Phrakiat serta merupakan laluan penting yang sangat sibuk.
“Lubang gergasi itu terletak betul-betul di luar sekolah dan merupakan halangan yang dihadapi oleh pelajar setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah,” kata lelaki yang memancing itu.
Dia juga sudah beberapa kali menghubungi pihak berkuasa selama bertahun-tahun untuk bertanya bila jalan itu akan dibaiki.
Apabila penduduk kampung meminta jalan itu dibaiki, mereka diberitahu untuk bertenang, bersabar dan tunggu.
Namun selepas 10 tahun menunggu, penduduk berpendapat bantuan tidak akan datang dalam masa terdekat. – Agensi
- BACA: INDUSTRI MICROBUS DI INDONESIA – APA BARANG GUNA VAN DARI CHINA
- BACA: MUSK DIJANGKA JADI TRILIONAIR PERTAMA DUNIA PADA 2024. TAPI ADA MASA HIDUP DI BAWAH GARIS KEMISKINAN
- BACA: PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI GUNA LESEN L. ADA TAK PERNAH BUAT B FULL
- BACA: JALAN RAYA DI PERU LAGI CANTIK! LELAKI ASING HENTAM PIHAK BERKUASA MALAYSIA GAGAL BAIK PULIH JALAN BERLUBANG