Buletin

BUDAK TIGA TAHUN SELAMBA ‘SHOW OFF’ PANDU FERRARI SF90

Tidak semua kanak-kanak berumur tiga tahun dicipta sama. Sesetengahnya pandai membuat pengiraan sukar dan rumit di kepala mereka, ada juga boleh bermain piano dengan lebih baik berbanding orang dewasa.

Namun baru-baru ini tular di media sosial, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun memandu Ferrari SF90 sambil menunjukkan kebolehannya.

Zayn Sofuoglu yang berasal dari Turki mempamerkan aksinya di trek hingga membuat orang ramai kagum.

Menerusi perkongsian Zayn di Instagram, terpapar sebuah video menunjukkan dia menekan pedal kanan lalu memutarkan Ferrari tersebut hingga mengeluarkan asap tebal dari tayar.

Secara logik, begitu ramai orang dewasa tidak mampu mengendalikan Ferrari PHEV berkuasa 986Hp apatah lagi melakukan aksi sedemikian. Tetapi, itu bukan masalah buat Zayn.

Jadi apa rahsia Zayn? Sudah tentu bakat serta minat Zayn mengalir dari seorang ayah, Kenan Sofuoglu, iaitu bekas pelumba motosikal dan juara dunia.

Selain kereta, Zayn berupaya menunggang motosikal seperti Honda Goldwing selain ‘bermain’ dengan jetski Kawasaki. Maka tidak hairanlah telatah kanak-kanak itu berjaya mengumpul lebih sejuta pengikut di Instagram.

Tidak dinafikan sesetengah orang akan berasa ngeri melihat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun melakukan aksi seperti ini atau lebih teruk, menuduh ibu bapanya sebagai tidak bertanggungjawab.

Tetapi kawan, adakah kita berharap mempunyai ayah seperti itu?

Google ads
Back to top button