Buletin

BUGATTI PECAH REKOD BARU, EDAR 80 BUAH KERETA TAHUN LEPAS

Tahun 2022 setakat ini merupakan tahun yang paling bermakna buat jenama Bugatti.

Pengeluar automotif Perancis itu telah berjaya mengedarkan sejumlah 80 buah kenderaan baharu, angka tertinggi dalam tempoh 12 bulan yang pernah dicapai.

Bugatti kini perlu menyiapkan kira-kira 100 buah Chiron bagi melengkapkan kesemua 500 unit yang diperuntukkan sebelum ini.

Antara unit yang berjaya diedarkan ialah Bugatti Chiron yang ke-400, diikuti dengan sembilan unit Chiron Super Sport 300+.

Kesemua 10 unit Centodieci telah siap dipasang dan diedarkan kepada para pemilik masing-masing, dan kebanyakan jentera itu telah menjalani proses penyesuaian spesifikasi mengikut permintaan pemilik masing-masing.

Tahun lepas juga, Bugatti turut melancarkan program kenderaan pra-milik bagi membolehkan mana-mana pelanggan mendapatkan sebuah Bugatti terpakai pada harga yang lebih rendah.

Menurut Bugatti, program pra-milik ini menawarkan pemeriksaan 110 poin bagi memastikan setiap kenderaan terpakai yang dijual mampu memenuhi piawaian Bugatti tersendiri.

Google ads
Back to top button