
MINI COOPER SE ELECTRIC 2023 DAPAT WARNA BAHARU, PEMANAS TEMPAT DUDUK. BERMULA RM199K
BMW Group Malaysia baru-baru ini menawarkan warna baharu putih (Nanuq White) untuk MINI Cooper SE Electric 2023. Selain kemasan warna baharu, hatchback tersebut turut mendapat kemas kini dengan bumbung berwarna hitam serta cermin sisi berwarna kuning atau hitam.
Naik taraf lain termasuklah bumbung panorama, fungsi pemanas tempat duduk, unit lampu LED adaptif, Exterior Mirror Package, kemasan dalaman kulit Carbon Black dan Headliner Anthracite.

MINI Cooper SE Electric 2023 dilengkapi ciri bantuan pemandu seperti Amaran Keluar Lorong dan Brek Kecemasan Autonomi. Kelengkapan ciri keselamatan lain seperti enam beg udara, kawalan kestabilan, ABS, EBD, kawalan cengkaman dinamik dan kawalan kunci pembezaan elektronik (EDLC) turut dipasang.
Ciri-ciri standard seperti lampu depan LED adaptif, sistem tanpa kunci, pengawal pendingin dwi-zon, cermin anti-silau, kerusi balutan kulit buatan, Park Assist, head-up display, kluster instrumen digital lima inci, MINI Navigation System dengan skrin tengah 8.8-inci, Apple CarPlay, sistem bunyi Harman Kardon bersama 12 pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi dan kamera undur dikekalkan.

MINI Electric ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 184hp dan 270Nm, dengan pek bateri berkapasiti 28.9 kWh. MINI Electric ini mampu mencapai jarak tempuh sejauh sejauh 232 km dengan satu pengecasan penuh (data WLTP).
MINI Cooper SE Electric 2023 ini mempunyai daya pecutan 0-100km/j dengan hanya mengambil tempoh sekitar 7.3 saat pada had kelajuan tertinggi 150km/j.
Harga jualan MINI Cooper SE Electric 2023 ini bermula dari RM199,164. Pelanggan juga ditawarkan pilihan tanpa ciri head-up display dengan harga jualan RM191,546 atau RM196,876 dengan lanjutan tempoh jaminan dan pakej servis.
- BACA: MINI COOPER CURI TERSANGKUT DALAM SIMEN BASAH – DAH LA MENCURI MABUK PULA TU
- BACA: JPJ MELAKA NAK LELONG 46 KENDERAAN TERMASUK SUBARU IMPREZA DAN MINI COOPER
- BACA: HONDA CIVIC, AUDI A4, MINI COOPER S KLON. TIGA DITAHAN POLIS
- BACA: YOUTUBER TERKENAL ROSAKKAN MINI COOPER JCW SELEPAS 38 KILOMETER PEMANDUAN (VIDEO)
GALERI









