Buletin

DRIFT BAJET ORANG JEPUN – GUNA KELISA DAN GELUNG PVC!

Bertempat di litar Fuji Speedway, satu trend drift baharu yang menggunakan kereta-kereta murah dan gelung PVC dilihat semakin popular dalam kalangan peminat drift di Jepun.

Didedahkan oleh YouTuber terkenal Noriyaro, trend itu didakwa dipopularkan oleh sebuah kelab kereta dikenali sebagai K-Soul yang sebelum ini melakukan aksi drift menggunakan kereta  pacuan roada belakang seperti Toyota AE86.

K-Soul juga mengakui bahawa kereta drift ini boleh bertindak sebagai latihan terbaik untuk drifter meningkatkan kemahiran drift masing-masing.

Cara untuk menghasilkan jentera drift ini sangat mudah. Dapatkan sebuah kereta pacuan roda hadapan yang murah, balut tayar belakang dengan gelung PVC, tarik brek tangan dan anda sudah boleh beraksi seperti seorang drifter berpengalaman.

Kereta yang menjadi pilihan ialah seperti Daihatsu Mira (Perodua Kelisa), Mazda Laputa, Suzuki Alto dan Mazda Alto. Paling Abang japar geram ialah Mira dua pintu tu. Di Jepun, kereta-kereta ini dianggap sebagai kei-kar murah yang boleh dibeli pada harga sekitar AS$300 atau RM1,200 sahaja seunit.

Memandangkan permukaan gelung PVC yang licin, kereta itu boleh membuat drift dengan begitu mudah. Namun berbeza dengan jentera drift yang lain, kumpulan kereta drift bajet ini cukup senyap. Ye lah, enjin pun bawah 1,000cc je kot.

Pemandu perlu memasang gelung PVC itu dengan betul. Terlebih dahulu, pastikan tayar adakah sedikit kempis sebelum gelung PVC diletakkan di tengah-tengah permukaan tayar belakang. Apabila ia sudah kemas, pam tayar untuk musim sejuk itu seperti biasa dengan bacaan hanya 29psi.

Bagi memastikan gelung PVC itu tidak menjadi terlalu panas dan mudah pecah, kereta ini idilengkapi dengan satu sistem penyejukan. Sistem itu terdiri daripada satu tong air yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk belakang. Sementara suisnya pula ialah suis lampu utama yang telah diubah suai.

Siapa yang ada Kelisa mungkin boleh cuba. Viva pun boleh, takde masalah.

Google ads
Back to top button