Buletin

VOLVO PERKENALKAN ENJIN TIGA SILINDER -156hp/265nm UNTUK SUV XC40

Volvo Cars semalam melancarkan enjin tiga silinder Drive-E yang dipasang pada model XC40.

Ia merupakan enjin tiga silinder pertama dalam sejarah 91 tahun Volvo. Enjin serba baharu pancitan terus bersesaran 1.5 liter itu dibangunkan sendiri oleh Volvo menggunakan reka bentuk modular yang sama dengan enjin Drive E empat silinder.

Menggunakan kod T3, ia dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Manakala pilihan transmisi lapan kelajuan automatik lapan kelajuan akan diperkenalkan tahun depan.

“Ini satu perkembangan menarik buat XC40 dan Volvo Cars secara umumnya. Reka bentuk enjin ini yang kompak memberi fleksibiliti kepada kami dan lebih banyak pilihan buat pelanggan,” kaa Pengarah Kanan Kluster 40 Volvo Cars, Alexander Petrofski.

Sebelum ini, enjin diesel D3 berkuasa 1500hp dan enjin petrol T4 190hp digunakan pada XC40.

Lebih menarik lagi, enjin baharu itu direka untuk disesuaikan dengan jentera Twin Engine plug-in hybrid. Model Twin Engine plug-in hybrid dan elektrik XC40 akan ditambah kemudian oleh Volvo.

Pelanggan XC40 juga boleh memilih varian iaitu Momentum, R-Design dan Inscription. Varian Inscription hadir dengan pilihan rim bersaiz 18″, 19″, 20″ atau 21”, plat skid yang unik, kemasan krom pada tingkap dan gril serta warna khas.

Di bahagian dalam, Inscription ditambah dengan tuil gear kristal dan kemasan kayu Driftwood yang sebelum ini dipasang pada XC60.

Anda boleh membeli aksesori seperti bodykit, paip ekzos berkembar dan spoiler bumbung.

Di United Kingdom, XC40 T3 ditawarkan pada harga bermula £27,905 (RM152,000) dengan varian Inscription berharga £30,405 (RM165,500). Penghantaran pertama dijangka bermula pada musim panas ini.

GALERI

Google ads
Back to top button