Buletin

GWM DAN BMW METERAI PERJANJIAN KENDERAAN ELEKTRIK BERNILAI RM3.1B

Dunia sudah berubah.Tiada lagi pengeluar kenderaan dalam dunia yang mahu bersendirian dalam mencapai apa yang mereka impikan. Ia adalah teknologi masa hadapan – kenderaan elektrik.

Ia bukan tentang bila, tetapi siapa yang akan berjaya memasarkan kenderaan elektrik secara “pukal” pada harga kompetitif. Dan untuk menentang syarikat seperti Tesla, banyak pemain auto sudah bergabung untuk menghasilkan kenderaan EV secara bersama.

GWM dan BMW membuktikan kerjasama antara benua berbeza tidak mustahil dalam mengejar teknologi EV. Mereka telah menandatangani Kontrak Usaha Sama NEV (New Energy Vehicle) yang bernilai USD 780 juta (RM3.15billion)

Syarikat usaha sama (JV) yang dikenali sebagai Spotlight Automotive Ltd. ini menyaksikan pembahagian  50% saham yang dipegang oleh kedua belah pihak.

Sebuah kilang pengeluaran akan dibina berhampiran Wilayah Jiangsu dengan kemampuan pengeluaran sebanyak 160,000 kenderaan pada peringkat permulaan menggalakkan pembangunan strategi GWM NEV.

Perdana Menteri China Li Keqiang dan Canselor Jerman, Angela Merkel mengetuai rundingan antara kerajaan China dan Jerman di Berlin. Ia disaksikan oleh pegawai kerajaan China-Jerman di mana kontrak usaha sama itu dimeteraiantara Great Wall Motor Company Limited dan BMW Holding B.V

Ini adalah projek  BEV (Battery Electric Vehicle) pertama BMW Group di seluruh dunia dan merupakan platform untuk kenderaan tenaga baru GWM  ke pasaran global.

Sebagai salah satu daripada sepuluh bidang utama pembangunan teras di China, “Tenaga penjimatan dan kenderaan tenaga baru” bertujuan untuk mempromosikan kenderaan pada kadar karbon rendah, pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar. Kerjasama antara GWM dan BMW secara berkesan bertindak balas terhadap pengoptimuman dan peningkatan industri tenaga baru di China.

Sejak beberapa tahun lepas GWM sudahpun memulakan pembangunanteras kenderaan tenaga baru seperti motor, kawalan elektronik dan bateri kuasa, dengan makmal percubaan pembuatan mengenai sel-sel, analisis mekanisme, PACK dan BMS, bengkel ujian bateri, pusat ujian, dan pusat analisis.

Tambahan pula, pusat R & D teknologi tenaga baru di Seongnam-si, Gyeonggi-do, Korea Selatan dan Lower Austria, Austria, yang dibina oleh GWM telah membangunkan teknologi terkemuka dengan sumber bakat bertaraf dunia bersama syarikat domestik.

Kerjasama antara GWM dan BMW adalah contoh baru untuk kerjasama terbuka dalam industri auto China, yang menunjukkan integrasi sumber-sumber global secara optimum. Ia membantu GWM dan BMW memperluaskan pasaran antarabangsa dengan mengintegrasikan kelebihan mereka.

Sebagai sebuah perusahaan yang terkenal, GWM mempunyai visi dan strategi yang mendalam untuk pasaran antarabangsa dengan memajukan dirinya dalam pasaran kereta tempatan di China.

GWM disenaraikan di Hong Kong sebagai saham H dan di China sebagai saham A pada tahun 2003 dan 2011. Menjelang akhir tahun 2017, jumlah aset GWM telah mencapai RMB 110.547 bilion. Pada masa ini, GWM memiliki 4 jenama, iaitu HAVAL, Great Wall, WEY dan ORA, yang mencatat jualan lebih satu juta kenderaan pada 2016 dan 2017.

Google ads
Back to top button