
Ia persoalan yang sering berlegar dalam industri. Tiada jawapan kokrit yang diberikan oleh tuan punya badan dan ia sering menjadi spekulasi. Apalagi bila kau adalah sebuah syarikat motor Jepun yang mana rakan-rakan Suzuki, Yamaha dan Honda memang terlibat terus dengan MotoGP.
Mesti ada sebab yang kukuh kenapa Kawasaki tidak berminat untuk sertai semula MotoGP.
Kawasaki secara rasminya telah meninggalkan MotoGP pada 2009 setelah “penat” mencuba selama tujuh tahun. Pasukan hijau ini mulai menyertai MotoGP pada 2002 menerusi jentera ZX-RR.
Pada musim pertama, mereka mempertaruhkan pelumba WSBK, Akira Yanagawa di Motegi. Yanagawa bagaimanapun tidak bernasib baik kerana terlibat dalam kemalangan akibat kegagalan enjin.
Sejak dari itu, Kawasaki mencuba sepanjang musim dan menukar pelumba mereka beberapa kali. Sehingga mengundur diri pada 2009, ZX-RR merupakan satu-satunya motosikal yang tidak pernah memenangi mana-mana perlumbaan semenjak era 990cc diperkenalkan.
Kawasaki hanya menang dua kali sepanjang pembabitan dalam perlumbaan dan mendapat tempat ke empat pada 2004 dan 2005. Ia pencapaian yang agak teruk sebenarnya.
Tapi nanti dulu.
Jika prestasi dijadikan sandaran, Kawasaki sebenarnya banyak mencatatkan rekod yang bagus dalam perlumbaan bertaraf dunia. WSBK sebagai contoh.
Selain itu, Kawasaki juga memenangai FIM EWC Championship, SBK & SSP Word Championship, beberapa kejuaraan dalam BSB Supersport Championship dan memenangi sebanyak SEMBILAN kali AMA Superbike Championshi. Itu belum termasuk kejuaraan Supercross dan Motorcross bertaraf dunia.
Semua ini memerlukan kos yang besar untuk disertai. Tetapi kenapa Kawasaki tidak mahu kembali ke MotoGP?
Ichiro Yoda, Ketua Kejuruteraan Enjin Kawasaki pernah memberitahu RidersMag tidak berapa dahulu bahawa Kawasaki ‘belum bersedia’ untuk kembali ke MotoGP.
“Kami belum cukup wang untuk membina sebuah pasukan. Kesimpulannya, anda perlu menjual produk. MotoGP adalah pelaburan yang sangat besar, lebih USD1 Billion secara keseluruhan.
“Pelaburan di MotoGP cuma 1 peratus sahaja dari keseluruhan jualan kami. Jika kami mahu kembali ke perlumbaan ini, kami perlu fikir sedalam-dalamnya. Kami perlu lihat dari perspektif berbeza.
“Sebenarnya, kami sentiasa memerhatikan dari dekat perkembangan peraturan dalam MotoGP. Kami memerhatikan regulasi yang dibuat pada perlumbaan ini. Penyeragaman sistem komputer misalnya, ia meningkatkan kos pembangunan jentera secara drastik.
Kawasaki bagaimanapun memberitahu mereka akan kembali ke MotoGP bila sudah bersedia. Masanya adakan tiba, tapi tak tahulah bila.