Buletin

HONDA ANJUR KEMPEN KESEDARAN GEAR MANUAL!

Senario dunia sekarang ini di mana jumlah kereta transmisi manual semakin berkurangan adalah suatu yang sedih untuk direnungi.

Lebih sedih apabila pemandu tegar turut beralih kepada kereta transmisi automatik akibat beberapa faktor seperti keselesaan, kemudahan selain dari tawaran transmisi yang terhad kepada automatik sahaja.

Pengeluar kereta cuba bangkit dengan transmisi klac berkembar tetapi nampaknya perjalanan masih jauh apabila teknologi tersebut masih belum sepenuhnya matang dan kos yang tinggi untuk dipelihara.

Walaupun begitu, peluang masih terbuka untuk mereka yang gemarkan transmisi manual, di negara kita Perodua, Proton, Toyota dan Nissan masih menawarkan beberapa model mereka dengan pilihan transmisi tersebut.

Honda pula memang sudah lama menghentikan tawaran transmisi automatik. Eh silap! Honda Malaysia kembali menyertai skuad transmisi manual apabila menawarkan Honda Civic Type-R.

Okay lah daripada tiada langsung tetapi lain pula ceritanya di Amerika Syarikat di mana Honda begitu bersemangat dan teruja dengan transmisi tradisional ini.

Memandangkan pasaran Honda di negara tersebut begitu besar dan permintaan transmisi manual masih ada, Honda ingin menyemarakkan lagi minat pengguna dengan menganjurkan kempen Shifting Gears.

Iya tuan dan puan, kempen mari kita cintai kotak gear manual.

Pada 20 April lalu, Honda telah menjadi hos kepada lebih 53 wakil media dan influencer di kawasan pergunungan San Gabriel.

Dalam program ini Honda mempamerkan 16 buah kereta dengan transmisi manual dan juga mengajar pemandu menggunakan transmisi manual buat kali pertama.

Siap buat program untuk guna transmisi manual lagi tuan-tuan dan puan-puan! (baca dalam nada ceramah politik).

16 buah kereta yang dibawa ialah dari model comel Honda Fit Sport sehingga model berprestasi tinggi Civic Type-R. Bukan itu sahaja, model klasik dan ikonik juga turut dibawa seperti Honda Civic CVCC, Prelude SH, S2000 CR dan pelbagai lagi.

BACA: LAGENDA HONDA S2000, KERETA SPORTS JDM YANG BERJIWA AMERIKA

Di AS, senarai model yang ditawarkan dengan transmisi manual agak banyak iaitu Honda Fit LX, Sport dan EX, Civic Sedan LX dan EX-T, Civic Coupe LX dan EX-T, Civic Hatch LX dan Sport, Accord Sport 1.5T dan 2.0T, HR-V LX dan EX.

Civic Type-R dan Civic Si Coupe dan Sedan pula memang eksklusif dengan transmisi manual. Tiada transmisi automatik langsung.

Selain itu, salah satu sebab kenapa Honda menganjurkan program ini ialah bagi menghayati semangat pengasasnya, Soichiro Honda yang kereta mestilah seronok untuk dipandu!

Google ads
Back to top button