
YAMAHA INDONESIA JADI PENGEDAR EKSKLUSIF PRODUK 46|ASIA
Valentino Rossi sememangnya mempunyai peminat yang cukup ramai di seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah jika jenama bintang MotoGP itu mendapat perhatian di mana-mana sahaja.
Kini, anda sudah boleh mendapatkan produk 46|ASIA di Indonesia dan ASEAN kerana Yamaha Indonesia dilantik sebagai pengedar eksklusif jenama tersebut. Kerjasama tersebut diumumkan oleh Yamaha Indonesia pada acara Jakarta Fair, Jun lalu.
Untuk makluman, 46|ASIA ialah produk dengan lesen rasmi jenama VR|46 yang berpangkalan di Tavullia, Itali.
46|ASIA terdiri daripada tiga rangkaian produk iaitu Yamaha Racing, VR dan Monster. Produk Yamaha Racing akan menggunakan logo Yamaha. Sementara item VR dan Monster masing-masing mengaplikasikan logo The Doctor, 46 serta Monster Energy.
Antara barangan yang ditawarkan ialah baju Pit, kemeja-T, jaket, sweater, topi dan aksesori untuk golongan dewasa serta kanak-kanak.










