BuletinMotosikal

KLIMS 2018: BENELLI TRK251, PESAING BARU KAWASAKI VERSYS X350

Kehadiran motosikal kembara yang didatangkan dengan enjin-enjin kecil semakin mendapat tempat di pasaran. Hampir semua pengeluar menyasarkan segmen ini yang mana dianggap sebagai kecil tetapi mempunyai potensi yang besar. Ia adalah model “pertama” bagi mereka yang mahu belajar pengendalian sebuah motosikal “unta”.

Benelli juga tidak ketinggalan. Selepas memperkenalkan TRK502 pada tahun lepas, MForce Holding membawa masuk TRK251. Mereka menyifatkannya sebagai teman perjalanan pertama anda.

Ia adalah sebuah motosikal yang direka untuk pengembaraan impian semua orang. TRK 251 sebuah motosikal 250cc yang mudah di dikendalikan, lincah dan mampu mengambil laluan sukar walaupun anda adalah penunggang yang baru. Direka untuk penunggang amatur dan muda yang masih boleh menggunakan lesen B2 dengan kapasiti enjin 250 cc.

Berenjinkan satu silinder 4 lejang penyejuk cecair yang beranjakan 250cc. Pemasa enjin bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1 silinder, minyak suntikan electronic dengan 37mm diameter throttle body, klac basah dan kotak gear 6 kelajuan. Tork dan kuasa maksima adalah 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan 26.8hp pada 10500rpm.

Rangka besi tiub trellis tradisional memberikan kestabilan dan keselesaan penunggang. Sistem suspensi hadapan dengan fork terbalik (USD) berdiameter 41mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang 51mm.

Benelli TRK 251 menampilkan sistem brek menggunakan brek cakera tunggal berdiameter 280mm di bahagian hadapan dengan kaliper 4-piston dan brek belakang dengan cakera berdiameter 240mm dengan caliper 1 piston.

Size tayar di bahagian hadapan adalah 110/70-R17 dan bahagian belakang adalah 150/60-17R . Benelli TRK 251 dijangka akan berada di pasaran di pertengahan tahun 2019 dan harganya akan diumumkan kelak.

GALERI

TRK 251 Spesifikasi
Enjin
1. Jenis satu silinder, 4-lejang, penyejuk cecair, 4 injap untuk silinder double overhead camshaft
2. Anjakan 249cc
3. Bore & Stroke 72×61.2mm
4.Nisbah Mampatan 11, 2:1
5.Rated Output 26.8hp @ 10500rpm
6.Tork 21.0Nm(2.1kgm) @ 9000rpm
7. Pelincir Pelincir Takungan Basah
8. Bekalanbahanapi Suntikan bahanapi  dengan throttle body 37mm
9.Sistem ekzos Pemangkinkonverter& sensor oksigen
10.Piawaian Euro 4 – CO2 emissions: 96g/km – penggunaan bahanapi 4.1l/100km
11.Klac basah
12.Kotak gear 6 kelajuan
13.Final Drive pamacurantaian
AlatanElektrik
1.Penyalaan DELPHI MT 05
2.Spark Plug NGK CR8E
3.Starter Elektrik
Chasis
1.Rangka Tiub trellis
2.Suspensi depan fork terbalik 41mm
3.Stroke suspensidepan 120mm
4.Suspensi belakang Lengan ayun dengan sentral shock absorber
5.Strok shock absorber belakang 51mm
6.Brake depan Satu cakera 280mm terapung dengan 4 piston kaliper & ABS
7.Brake belakang Satu cakera 240mm dengan satu piston kaliper terapung & ABS
8.Tyre/Rim depan 110/70-R17/Aluminium alloy
9.Tyre/Rim belakang 150/60-R17/Aluminium alloy
10.Dimensi rim belakang 17″xMT 3.50 DOT
Dimensi
1.Panjang 2100mm
2.Lebar (tanpacermintepi) 840mm
3.Tinggi (tanpacermintepi) 1320mm
4.Tinggi tempat duduk 835mm
5.Jarak roda 1380mm
6.Pelepasan Tanah 200mm
7.Berat 153kg
8.Isipadu tangkiminyak 17 liter
9.isipadu tangkirizab 2 liter
Google ads
Back to top button