Buletin

LOTUS EVORA 400 – BERMULA RM597,999!

Lotus Cars Malaysia melancarkan model terpantas miliknya abad ini, Evora 400 ke pasaran tempatan.

Lotus-Evora-400-mekanika (1)

Hampir dua pertiga daripada bahagian Evora 400 adalah serba baru. Rekaan belakang dan hadapan tampil lebih terkini.  Begitu juga pada ruang kabin.

Bagaimanapun, bahagian terpenting yang menjadi topik utama ialah nadi yang menggerakkan jentera supercar itu.

Lotus-Evora-400-mekanika (2)

Enjin 3.5 liter V6 menjadikan Evora 400 sebagai model Lotus yang paling laju setakat ini. Nombor 400 mewakili kuasa yang dihasilkan oleh jentera itu. Evora 400 memiliki penambahan kuasa 56hp berbanding Evora S.

Penambahan kuasa itu mampu dicapai menerusi  charge cooler system dan supercharger Edelbrock. Sekali gus meningkatkan tork menjadi 410Nm pada 3,500 hingga 6,500rpm.

Lotus-Evora-400-mekanika (5)

Penghantaran kuasa ke roda belakang diserahkan kepada pilihan transmisi automatik  atau manual 6-kelajuan.

Kuasa buas berkenaan membolehkan Evora mencapai kelajuan maksimum 300 km/j.

Lotus-Evora-400-mekanika (3)

Pecutan dari sifar sehingga 100 km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4.2 saat. Ini menjadikan model terkini itu 7 saat lebih laju berbanding sebelumnya.

Pencapaian itu juga dibantu dengan berat badan Evora 400 yang lebih ringan. Difahamkan Lotus berjaya mengurangkan berat badan Evora 400 sebanyak 42kg.

Lotus-Evora-400-mekanika (4)

Lotus Cars Malaysia menawarkan pakej promosi merangkumi waranti tiga tahun, dua tahun servis percuma dan pengalaman sekali di Lotus Driving Academy serta keahlian automatik Lotus Official Club Malaysia (LOCM).

Lanjutan promosi itu, 30 pembeli pertama Lotus Evora 400 akan menikmati harga istimewa.

Lotus-Evora-400-mekanika (7)

Model Lotus Evora 400 di bawah transmisi manual tersedia tiga varian iaitu Base, Option 1 dan Option 2. Setiap varian ditawarkan dengan beberapa pilihan pakej. Harga Base bermula pada RM597,999, Option 1 (RM624,999) dan Option 2 (RM640, 999).

Sementara Lotus Evora transmisi automatik bagi varian Base pula ditawarkan pada harga RM610,999, Option 1 (RM637, 999) dan Option 2 (RM 653,999).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button