Buletin

LOTUS EVORA GT430 – 430 HP, 1258 KG DAN 60 UNIT SAHAJA

Lotus Evora ini boleh dikatakan sebagai model Lotus paling versatil buat masa sekarang. Ia tidak semata-mata mengenai kereta lumba tetapi digunakan atas jalan raya seperti model Lotus lain malah dilengkapi dengan ciri kemewahan. Siap dengan pilihan transmisi automatik.

Selepas melancarkan dua varian iaitu Lotus Evora 400 dan Evora Sport 410 ke pasaran global, Lotus baru-baru ini memperkenalkan model jalanan paling berkuasa iaitu Evora GT430.

Varian baharu ini dihasilkan dengan kombinasi rekaan elegan dan berkuasa di antaranya melalui penggunaan komponen gentian kaca bagi menjadikannya sebuah Evora dengan hasil kejuruteraan dan rekabentuk berkualiti tinggi.

Ia dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 supercaj dengan output kuasa 430 hp dan kemudiannya ‘dimendap’ ke bawah melalui rekaan aeorodinamik baharu.

Kuasa yang tinggi itu dipadankan pula dengan berat kering baharu pada hanya 1,258 kg sahaja. Bayangkan kuasa 430 hp dengan berat 1,258 kg, ini kereta luar biasa dan semestinya sinonim dengan falsafah Lotus.

Berikut ciri-ciri utama pada Lotus Evora GT430:

  • Hanya 60 unit sahaja dikeluarkan – Buatan tangan di Norfolk, England
  • Mengambil inspirasi dari Lotus Esprit V8 GT dan Esprit GT3 era 90 an
  • Pecutan 0 – 95.6 km hanya mengambil masa 3.7 saat
  • Kelajuan maksimum 305 km/j
  • Menggunakan panel badan baharu dengan bahagian sulaman yang terdedah pada depan dan belakang kereta
  • Menghasilkan mendapan (downforce) sehingga 250 kg melalui pakej aerodinamik baharu
  • Bukaan yang lebih besar pada bamper, pemisah (splitter) gentian kaca, bilah dan lubang udara di atas arca roda menyerlahkan lagi karakter model ini
  • Saluran aero di setiap roda belakang pula mengurangkan tekanan pada arca roda dan menampakkan kelebaran tayar Michelin Pilot Sport Cup 2
  • Peresap belakang yang besar dan sayap gentian kaca menajamkan lagi penampilan visual Evora GT 430

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Group Lotus plc, Jean-Marc Gales, “Evora GT430 ibarat mercu tanda buat Lotus. Kejuruteraan ringan dan pengendalian hebat yang digabungkan dengan kepakaran aerodinamik Lotus menjadikan Evora GT430 sebagai sebuah kereta legenda Lotus. Ia benar-benar sebuah kereta yang cantik dengan kemasan gentian kaca buatan tangan disamping penggunaan material aerodinamik dan ringan terkini. Kereta yang dibina ini adalah cerminan kepada perhatian Lotus terhadap rekabentuk dan kejuruteraan. Kami menjangkakan pemilik model bertuah ini akan mengkagumi prestasi, penampilan serta prestasi tulen yang ada padanya.”

Lagi bacaan menarik tentang Lotus:

LOTUS C-01 UNTUK DIBIDA; INILAH MOTOSIKAL LOTUS YANG PALING RARE DI DUNIA

LOTUS AKAN TERUS DIBANGUNKAN DI BRITAIN – TAK AKAN DIPINDAHKAN KE CHINA

Google ads
Back to top button