Buletin

MICHELIN LAKUKAN PENJENAMAAN SEMULA TYREPLUS 

Seiring dengan pertumbuhannya, TYREPLUS akan menjalani proses penjenamaan semula untuk seluruh rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Jenama TYREPLUS kini berada di peringkat global termasuklah di China, Thailand, Australia, India, Asia Barat dan Amerika Selatan. Ia menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penggantian dan pembaikan tayar, menukar minyak, bateri, pelapik brek dan penyelenggaraan kereta berkala yang lain.

TYREPLUS turut mendapat sokongan jenama antarabangsa seperti Michelin, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech. Semua perkhidmatan itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pemilik kereta di Malaysia.

Diperkenalkan pada November 2009, TYREPLUS telah berkembang menjadi rangkaian penyelenggaraan kereta bebas yang terbesar di Malaysia melalui lebih 50 cawangan dan jumlahnya semakin bertambah.

“Pelanggan akan mendapat produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang disediakan oleh profesional terlatih. Kami akan terus memperluas rangkaian TYREPLUS di Malaysia demi memenuhi keperluan pemilik kenderaan,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Pascal Nouvellon.

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, ada promosi menarik untuk anda. Bemula 28 Mei hingga 30 Jun 2017, pelanggan yang membeli tayar MICHELIN di TYREPLUS berpeluang mendapatkan beg pendingin Michelin, kad petrol jenama TYREPLUS dan perkhidmatan pembaikan tayar Tech secara percuma.

Pelanggan juga diberi alas kaki percuma dengan pembelian minyak pelincir Mobil 1.

BACA: MICHELIN BUKTIKAN TAYAR SEPARUH BOTAK SEBENARNYA LEBIH BAIK – JANGAN KERAP TUKAR TAYAR!

Google ads
Back to top button