Buletin

ORANG JEPUN PUN TAK SUKA KERETA AMERIKA- KECUALI SATU JENAMA INI

Jika kau pernah ke Jepun, kereta atas jalan mereka majoritinya ialah kereta buatan Jepun. Manakala kereta mewah pula ialah Mercedes, BMW dan Audi. Kalau kau biasa ke Singapura, pemilikan kereta mereka hampir seiras.

Kecuali Jepun banyak kenderaan bersaiz Kei-Car seperti kereta mikro, van kecil dan lori pikap kecil. Ia kerana insentif cukai yang dikenakan selain kos pemilikan yang rendah.

BACA: PERTAMA KALI HILUX DI JEPUN SETELAH 13 TAHUN

Selain Kei-Car, mendahului senarai jualan ialah kereta hybrid dan elektrik seperti Prius dan Jazz.

Tapi yang ini pula ialah tentang kereta jenama Amerika. Walaupun Jepun merupakan sekutu rapat Amerika, rakyat Jepun sebenarnya tidak suka pun kereta Amerika. Ia memang disedari oleh pentadbiran Trump yang sering menyalahkan Jepun. Beliau beralasan Jepun mengenakan banyak sekatan pada kereta Amerika.

Biasalah Trump, semua orang salah, kecuali diri dia. Padahal kereta Amerika ni memang lauk.

Sudahlah enjin besar, mahal, Tak tahan lasak dan kriteria itu bukanlah pilihan rakyat Jepun.

Tetapi ada satu pengecualian di sini. Senarai terbaru yangt dikeluarkan oleh Automotive News mendapati satu jenama Amerika ini mula mendapat kepercayaan pembeli tempatan.

Iaitu Jeep

Sehingga bulan Ogos tahun ini, jumlah Jeep yang terjual di Jepun ialah 6,344 unit menjadikannya di kedudukan ke tujuh dari 10 kereta paling laris di sana.

Jenama Amerika kedua yang terjual ialah Chevrolet dengan 373 unit. Memang rare sebab Ferrari pun dijual lebih banyak dari Chevrolet.

Jenama yang popular di negara Asia lain seperti Ford tidak laku di Jepun. Lebih tepat lagi, Ford sudah tutup perniagaan mereka di Jepun pada 2016 akibat permintaan yang terlalu rendah.

Momentum jualan Jeep ini dijangka berterusan sehingga tahun hadapan dengan pengenalan model gantian Wrangler. Seperkara yang menarik tentang Jeep di Jepun ialah mereka menawarkannnya dengan pemanduan sebelah kanan. (jenama lain seperti Caddilac dan GMC hanya datang dengan versi LHD)

 

 
Google ads
Back to top button