Buletin

PANDU UBER DENGAN PROTON “QUICK RIDE”, CUMA RM45 SEHARI & PENYELENGGARAAN PERCUMA!

Konsep “ride hailing” atau perkongsian kenderaan diakui semakin menjadi pilihan masyarakat warga kota. Ia memang kemudahan yang sukar untuk dinafikan keberkesanannya. Dengan hanya satu klik, kereta sampai depan pintu muka siap pemandu dan kalau pemandu yang bagus, siap dapat air mineral percuma.

Jika di negara lain ada Uber dan Lyft. Di Malaysia kita ada Uber dan Grab. Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan serupa. Masing-masing bersaing memberikan perkhidmatan, diskaun dan ini menguntungkan pengguna.

Hari ini, Uber menjalinkan kerjasama dengan syarikat QR (Quick Ride Sdn Bhd) yang ditubuhkan bersama di bawah Kumpulan Cartrade dan Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB). QR akan bertindak sebagai agen penyewa bagi pemandu yang memerlukan kereta untuk perkhidmatan Uber.

BACA: UBER HENTI OPERASI DENMARK

Bagaimana caranya?

Pada fasa pertama QR menyediakan menyediakan 1,000 unit Proton Saga dan Proton Persona untuk diagihkan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pemandu Uber.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ini, mereka yakin dapat menarik ramai pemandu Uber baru dengan kaedah penyewaan yang menarik. QR mengenakan bayaran deposit minimum RM1,000 dan kadar sewa harian yang menarik.

Kadar sewaan juga berpatutan iaitu RM45 sehari bagi Proton Saga dan RM55 sehari bagi Proton Persona.

Berikut pula ialah syarat-syarat asas yang perlu dipenuhi oleh bakal pemandu;

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pemegang lesen memandu yang sah
  • Mempunyai komitmen untuk memandu sepenuh masa
  • Tiada rekod jenayah atau rekod bangkrap
  • Tiada masalah mental

Apa yang lebih menarik ditawarkan QR ini ialah kereta yang disewa akan diselenggara sepenuhnya oleh QR (kecuali tayar dan petrol lah). Kerosakan, cukai jalan, insurans semuanya akan ditanggung oleh QR.

Tak payah pening kepala pasal maintenance!

Selain itu, seemua kereta Quick Ride – Uber ini dilengkapi dengan sambungan wifi percuma dan sebuah tablet dibekalkan di bahagian kerusi belakang penumpang.

Pihak QR menjangkakan akan menambah bilangan kereta sehingga 10,000 unit bagi tujuan ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kepada anda yang berminat untuk memohon, bolehlah ke laman web ini – www.quickride.my

Google ads
Back to top button