SANG PERODUA KANCIL ERA – RAMAI ORANG TAK TAHU TENTANG KEWUJUDANNYA
Pernah dengar, jumpa pun pernah, tapi nak mendapatkan maklumat tentangnya macam cari skru dalam takung minyak itam. Dah benda wujud masa zaman telefon Motorola besar batu bata. Internet 1515 pun tak ada lagi. Memang gagal ler Encik Google nak simpan rekod bagai…
Nampak remeh, tapi benda-benda beginilah yang menyebabkan pencariannya lebih menarik dan dramatik, khususnya kepada mereka yang teruja untuk mencari kelainan dalam kelompok peminat yang sama.
Asyik-asyik salin Mira. Sekali-sekala main MDM (Malaysian Domestic Market) pun mari jugak. Hasil perkongsian bersama rakan-rakan, saya akhirnya berjaya mendapatkan sedikit maklumat berkenaan model ini.
BACA: KANCIL AVANZATO R
Dikenali sebagai Kancil ERA, ia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam satu majlis khas di Langkawi International Motor Show (LIMS) pada 28 Oktober 1995.
Ikut kiraan kalkulator, hampir 14 bulan selepas model pertama Kancil diperkenalkan. Ia bersesuaian dengan matlamat Perodua untuk mempelbagaikan variasi model ini, memandangkan mereka tidak mempunyai hak melancarkan sebarang model baru ketika itu.
Sebagai sebuah model edisi terhad, ERA datang dengan pakej yang tersendiri. Secara relatifnya, ia masih sebuah Kancil yang biasa tapi diberi tona warna hitam-silver, rim aloi Enkei 5 spoke 12-inci, serta tambahan aksesori di sana-sini.
BACA: KANCIL MODERNO
Lepas sebu dengan tema sedia ada, pemilik kereta ini, Fikri cuba mencari kelainan dengan mengetengahkan konsep MDM Kancil ERA ke atas keretanya ini. Modal pun tak besar sangat!
Untuk luaran, kit badan ERA dan kaler hitam-silver merupakan perkara paling wajib yang perlu dilakukan ke atas kereta ini. Ia kemudian dilengkapkan dengan aksesori MDM yang sepadan, macam spoiler atas dan tengah keluaran JRD, reflektor Kancil Lompat pada boot belakang, reflektor nombor plet, termasuk tambahan aksesori krom yang lain.
Ikutkan ada lagi aksesori yang boleh diguna pakai. Mungkin Fikri tak minat mana. Memandangkan rim sukan ERA terlalu kecik, Fikri gantikannya dengan rim PCD 110mm jenis SSR Type C bersaiz 14-inci,. Rare sangat tuh…
ERA datang dengan enjin yang sama seperti Kancil model pertama. Dah masuk 2017 kot, takkan nak gasak enjin tu lagi. Sebagai penyelesaian, enjin turbo EF-RL dari Move L600 telah dipilih sebagai ganti. Pun begitu, belum ada peningkatan yang boleh diceritakan, kecuali penggunaan injap pelepas HKS SSQV yang cukup famous di kalangan pemilik Kancil turbo!
Bahagian dalam mengekalkan konsep yang sama, cuma diambil dari keluarga Mira yang berbeza. Bermula dengan penggunaan dashboard Mira L200S, sebelum ditambah beberapa komponen lain.
Ada meter putih TRXX, songkok aircon di bahagian tengah, panel pintu dengan 4 tingkap kuasa Mira L200, juga karpet dasar Mira L500 berwarna merah. Stereng Momo Daihatsu tu pun mau berkicap kalau nak dapat…
Nak cari tempat duduk asal Kancil ERA, rasanya dah lunyai sangat. Jadi ia telah digantikan dengan tempat duduk Mira Grand yang lebih pejal. Belakang ada amrest tau, siap sarung tempat duduk Mira lagi. Sisipan elektronik pulak, mengandungi deretan meter Defi, unit RSM Apexi serta unit AFC Neo Apexi.
Kereta ini berjaya menarik perhatian ramai, walau di mana saja ia berada. Padahal pakai kit badan MDM jer pun. Nampaknya misi Fikri untuk lari dari konsep kebanyakan, sudah berjaya…
-PAK MAUN-